Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
KPM memaklumkan keberkesanan Akta Antibuli 2026 belum boleh dinilai secara menyeluruh kerana masih di peringkat awal pelaksanaan. Data mencukupi diperlukan bagi menilai kesannya terhadap trend kes buli di sekolah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Keberkesanan Akta Anti-Bulli 2026 dalam menangani kes buli di sekolah memerlukan tempoh pelaksanaan dan data mencukupi sebelum penilaian menyeluruh
00:09dapat dibuat.
00:10Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadlina Siddiq berkata Akta Berkenaan mula berkuatkuasa secara berperingkat pada 1 Mac lalu dan penubuhan Tribunal
00:19Anti-Bulli pada 16 Jun lalu melengkapkan sepenuhnya pelaksanaannya dengan menyediakan saluran penyelesaian yang mudah, cepat serta mesra mangsa.
00:32Beliau berkata daripada perspektif Kementerian Pendidikan KPM, pelaksanaan akta itu melengkapi mekanisme pengurusan saluran laku buli yang sedia dilaksanakan di
00:40institusi pendidikan.
00:42Jelas ini dalam jawapan bertulis di laman Web Parlimen, pihak sekolah terus bertanggungjawab mengurus aduan dan kejadian buli berdasarkan peraturan,
00:49garis panduan serta tata cara yang berkuatkuasa.
00:52Beliau menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Abdullah, PN Indra Makota mengenai keberkesanan Akta Anti-Bulli 2026 dan program Kawan Jaga
01:01Kawan dalam menangani kes buli di sekolah.
01:03Justeru Fadlina berkata penilaian menyeluruh terhadap keberkesanannya terutama membabitkan kesan terhadap tren atau pengurangan kes buli memerlukan tempoh pelaksanaan dan
01:12data mencukupi kerana ia masih di peringkat awal pelaksanaan.
01:15Katanya, perubahan jumlah kes dalam tempoh yang singkat tidak boleh dikaitkan secara langsung dengan pelaksanaan Akta semata-mata.
01:22Beliau berkata KPM terutama perkukuh sokongan rakan sebaya sebagai antara pendekatan dalam usaha mencegah dan menangani kes buli di semua
01:29sekolah.

Recommended