00:00Suspek yang dipercayai menyerang seorang guru wanita sehingga cedera di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching pada Rabu lalu masih menerima
00:09rawatan di hospital.
00:10Pemangku Pesuruh Jaya Polis Sarawak, Deputi Komisional Polis Saiful Lizan Ishak berkata,
00:17siasatan akan diteruskan dengan mengambil kira keadaan kesihatan suspek serta penilaian pegawai perubatan.
00:22Menurutnya, polis menjalankan siasatan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.
00:31Setakat ini, seramai 24 individu sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
00:36Polis turut meminta orang ramai menghormati privasi semua pihak dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi khususnya individu bawah
00:46umur.
00:46Terdahulu, polis mengesahkan guru berkenaan cedera sepas dipercayai diserang seorang pelajar lelaki tingkatan 4.
00:53Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Kesiksaan dan Seksyen 6 Subseksyen 1 Akta Bahan Letupan 1957.