Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Indonesia merekodkan 333,470 kes jangkitan saluran pernafasan akut berkaitan kebakaran hutan dan tanah. Kerajaan memberi amaran mengenai kualiti udara berbahaya di enam wilayah serta tindakan tegas terhadap syarikat terlibat.
Transcript
00:00Indonesia menikutkan sebanyak 333,470 kes jangkitan saluran penafasan akut ARI yang dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah di beberapa
00:12wilayah.
00:12Menurut Kementerian Kesehatan Negara itu, jumlah kes harian masih tinggi dengan 4,522 kes baru dilaporkan.
00:23Pengarah Kesehatan Alam Sekitar Kementerian itu, Tan Suyanti berkata, bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan
00:31telah mencapai tahap berbahaya khususnya di enam wilayah iaitu Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Tengah.
00:39Suyanti berkata, perdedahan kepada asap kebakaran hutan yang mengandungi zarah halus seperti PM25, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sebatian organik
00:49lain boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
00:52Ini termasuk jangkitan saluran penafasan akut, asma, penyakit pulmonary obstructive chronic, kerengsaan matam dan kulit serta kesan kesihatan lain yang
01:01menjejaskan pelbagai sistem tubuh.
01:03Sementara itu, Presiden Indonesia Prabowo Subianto pada Khamis berkata, syarikat yang mendapat sokongan asing boleh kehilangan permit operasi sekiranya didapati
01:11beri tanggungjawab terhadap kebakaran hutan dan tanah yang berulang.
01:14Beliau berkata, konsesi yang dipatahkan itu juga boleh diberikan semula kepada golongan muda Indonesia.

Recommended