Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Donald Trump mengesahkan akses Starlink untuk Ukraine dipulihkan selepas laporan mendakwa beliau menghubungi Elon Musk. Namun, beberapa pegawai Ukraine berkata perkhidmatan itu masih belum kembali sepenuhnya seperti biasa.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan akses Ukraine kepada perkhidmatan internet satelit Starlink telah dipulihkan oleh Elon Musk.
00:08Namun, beliau enggan mengulas sama ada beliau telah menghubungi taikon teknologi itu berhubung perkara berkenaan.
00:17Sebelum ini, Akbar Wall Street Journal memetik pegawai Amerika Syarikat melaporkan bahawa Trump telah menghubungi Musk dan memintanya menarik balik
00:24sekatan terhadap penggunaan Starlink oleh Ukraine.
00:26Menurut laporan itu, sistem Starlink kembali beroperasi dengan lebih normal pada Khamis tidak lama selepas perbualan antara Trump dan Musk
00:33berdasarkan maklumat pegawai Amerika Syarikat dan Ukraine.
00:36Bagaimanapun, beberapa pegawai Ukraine memberitahu akhbar berkenaan bahawa perkhidmatan itu belum dipulihkan sepenuhnya meskipun kelajuan sambungannya meningkat berbanding ketika sekatan
00:45dikenakan.
00:46Ukraine menggunakan Starlink bagi komunikasi di miram perang serta operasi drone termasuk misi serangan dan pertahanan udara terhadap Rusia.
00:52Sekatan terhadap perkhidmatan satelik itu sebelum ini menjejaskan keupayaan Ukraine melaksanakan operasi drone berkenaan.

Recommended