00:00Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh berhasrat menginfakkan keseluruhan RM173,733 dan 61 sen sumbangan orang ramai kepada
00:11golongan yang memerlukan.
00:13Keputusan itu dibuat selepas beliau berjaya mengumpul RM180,000 hasil penjualan aset bagi menampung bayaran saman fitnah RM300,000 kepada
00:23Ahli Parlimen Seputih Teresa Kok.
00:27Menuruti hantaran Facebook pada Jumaat, Muhammad Akmal maklumkan motosikal Honda S8 DV miliknya berjaya dijual pada harga RM150,000 manakala
00:38jualan ikan tilapia menghasilkan hampir RM30,000.
00:42Jumlah RM150,000 itu dicampur simpanan peribadi dan keluarga dijangka mencukupkan bayaran RM300,000 menjelang minggu depan.
00:51Bagaimanapun beliau mendedahkan sumbangan orang ramai terus diterima meskipun sebelum ini meminta supaya tiada lagi wang dimasukkan ke akaunnya.
01:01Maka sumbangan dengan itu jumlah yang RM173,000 yang telah disumbangkan dengan saya ini saya nak minta izin kepada semua
01:09yang menyumbang untuk saya ambil dan saya infakkan sepenuhnya setiap sen yang tuan-tuan berikan kepada saya ini saya akan
01:18infakkan sepenuhnya dan berikan kepada mereka yang memerlukan.
01:23Muhammad Ahmad turun menafikan dawaan kononnya penjualan aset itu hanya lakonan untuk mendapatkan derma sebaliknya menegaskan beliau mahu memikul sendiri
01:33tanggungjawab membayar saman berkenaan.
01:36Beliau berjanji memperincikan setiap pengagihan sumbangan mesin media sosial selain sekali lagi meminta orang ramai menghentikan sebarang sumbangan ke akaunnya.
Comments