Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Penyedia aplikasi navigasi Waze perlu beri penjelasan berhubung dakwaan kebocoran data yang dikatakan dijual di laman gelap (dark web).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, penyedia aplikasi navigasi Waze perlu memberikan penjelasan berhubung dawaan kebocoran data yang dikatakan dijual di laman gelap, dark web.
00:10Juru cakap kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, Jabatan Perlindungan Data Pribadi akan dirujuk berhubung sebarang aspek siasatan yang perlu
00:18dijalankan tertakluk kepada proses perundangan.
00:22Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Komunikasi tidak dapat mengesahkan sama ada data rakyat Malaysia terlibat dalam dawaan berkenaan.
00:31Ya, ini antara sebab kenapa kita perlu berhati-hati dengan maklumat yang kita serahkan kepada mana-mana pihak dan ini
00:41perlu dijelaskan oleh pihak Waze.
00:43Kita tidak pasti bagaimana maklumat data peribadi rakyat Malaysia boleh diambil sedemikian rupa dan kemudiannya berlaku satu detalik ketirisan data
00:58dan ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang memperoleh keuntungan daripada jualan di dalam dark web.
01:08Tapi saya harap pihak Waze memberi penjelasan.
01:15Jabatan Perlindungan Data Peribadi walaupun ia bawah Kementerian Digital akan dirujuk untuk apa-apa aspek siasatan yang mungkin perlu dilakukan.
01:25Namun, semua tertakluk kepada proses perundangan.
01:29Saya tak boleh sahkan.
01:34Terima kasih.
01:36Terima kasih.
01:36Terima kasih.

Recommended