Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
MARA akan memperkukuh pembiayaan strategik bagi pendidikan dan keusahawanan Bumiputera, dengan fokus kepada pekerjaan berkualiti, gaji kompetitif serta pembangunan usahawan berskala besar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Majlis Amanah Rakyat atau MARA akan memperkukuh pendekatan pembiayaan strategik dalam pendidikan dan keusahawanan bagi mastikan pembangunan ekonomi Bumi Putera
00:09lebih berkesan dan mampan.
00:11Menurut Ketua Pengarahnya, Dr. Mahzanteh, pembiayaan masa depan perlu berasaskan impak dan bukan sekadar pemberian dana atau penajaan semata-mata.
00:22Menurut beliau, kejayaan pembiayaan pendidikan perlu diukur berdasarkan jumlah pelajar yang berjaya memasuki bidang strategik dan universiti terkemuka di dalam
00:32serta luar negara.
00:34Pendekatan sama turut diterapkan dalam sektor keusahawanan dengan menjadikan laluan pembangunan yang jelas bagi membantu syarikat mikro dan kecil berkembang
00:42menjadi perusahaan berskala besar.
00:44MARA turut bekerjasama dengan agensi seperti Teraju dan Matrit bagi memperkukuh ekosistem pembangunan usahawan Bumi Putera.
00:52Menyentuh tentang TIVAT, Mahzanteh berkata kadar keboleh pasaran graduan MARA kini berada antara 97 hingga 99 peratus.
01:01Namun, fokus utama kini adalah memastikan graduan memperoleh pekerjaan berkualiti dengan gaji yang setimpal dengan kemahiran mereka.
01:09Bagi memastikan kurikulum sentiasa relevan dengan keperluan semasa industri, MARA turut menerapkan pendekatan 3I1E yang merangkumi industri, institusi, antarabangsa dan
01:20keusahawanan.
01:22Keseluruhan inisiatif itu dilaksanakan menerusi Plan Strategik MARA 2026-2030 yang menjadi rangka utama pemerkasaan modal insan dan ekonomi Bumi
01:32Putera.

Recommended