• 5 weeks ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sektor industri Malaysia lebih dinamik dengan memberi tumpuan kepada AI, R&D, inovasi serta pertumbuhan ekonomi yang inklusif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa sektor industri negara supaya lebih dinamik dan kreatif dalam menghadapi perubahan pesat
00:08ekonomi global.
00:09Menurut beliau, pengusahaan teknologi baharu, penyelidikan dan pembangunan atau R&D serta inovasi perlu dipertingkat bagi memastikan Malaysia terus berdaya
00:19saing.
00:21Anwar berkata kerajaan dan pemain industri perlu bergerak seiring dengan perkembangan semasa dan bersedia melakukan penyesuaian terhadap landscape ekonomi yang
00:30sentiasa berubah.
00:32Beliau turut menjelaskan bahawa dalam rangka belanjawan negara, kerajaan mengambil pendekatan mendengar pandangan pelbagai sektor sebelum menggubal dasar yang bersesuaian.
00:41Bagaimanapun, Perdana Menteri mengingatkan bahawa pertumbuhan ekonomi tidak boleh dicapai dengan mengorbankan aspek keadilan sosial.
00:49Katanya, pembangunan mesti memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, termasuk golongan berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar.
00:57Beliau menegaskan bahawa usaha mengangkat ekonomi negara perlu berjalan seiring dengan agenda membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pembangunan.
01:06Anwar turut menekankan kepentingan penguasaan teknologi baharu, khususnya kecerdasan buatan atau AI, bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam persaingan global.
01:16Menurut beliau, kerjasama erat antara kerajaan dan sektor industri amat penting bagi memastikan dasar yang dirangka dapat dilaksanakan secara berkesan.
01:26Anwar yakin pendekatan yang lebih inovatif dan inklusif mampu memperkukuh daya tahan ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.
01:35Terima kasih telah menonton!

Recommended