Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Kerajaan Jepun merancang menyemak semula tiga dokumen utama keselamatan negara menjelang akhir 2026

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Jepun merancang memperhebat usaha penerangan kepada orang ramai mengenai dasar keselamatan negara mulai akhir Oktober.
00:08Penerangan itu akan menyasarkan kumpulan umur berbeza menerusi penyampaian mesej bersesuaian.
00:15Ketika negara itu bersiap sedia, menyimak semula tiga dokumen utama keselamatannya menjelang akhir tahun ini.
00:23Iklan turut dipasang di dalam tren kereta api bawah tanah Tokyo dan di persimpangan Shibuya
00:28antara lokasi utama di Ibu Negara itu bagi mengetengahkan kaitan antara keselamatan negara dengan kehidupan seharian.
00:36Kempen berkenaan turut menyasarkan golongan pertengahan umur dan warga emas menerusi media sosial,
00:42televisyen serta iklan di pusat beli belah bagi menjelaskan hubungan dasar keselamatan dengan keselamatan keluarga dan individu.
00:50Kerajaan Jepun merancang menyemak semula tiga dokumen utama keselamatan negara menjelang akhir 2026.
00:56Semakan itu juga dijangka menetapkan sasaran bagi meningkatkan lagi perbelanjaan pertahanan negara.
01:02Pada 14 Oktober lepas, Perdana Menteri Jepun Sanai Takaichi memayangkan peruntukan berkaitan tiga prinsip bukan nuklear
01:09mungkin disemak semula dalam ketiga-tiga dokumen keselamatan utama negara itu yang dirancang dikemas kini menjelang akhir tahun ini.
01:17Tiga prinsip bukan nuklear Jepun merangkumi dasar tidak memiliki, tidak menghasilkan, dan tidak membenarkan kemasukan senjata nuklear ke negara itu.

Recommended