Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
BERSATU persoal tindakan PAS memanggil mesyuarat tergempar PN ketika status pendaftaran gabungan itu masih berdepan proses mahkamah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bersatu mempersoalkan tindakan PAS memanggil mesyuarat tergempa Majlis Tertinggi Perikatan Nasional PN pada Ahad ketika status pendaftaran gabungan itu masih
00:09berdepan proses perundangan.
00:11Setiusaha agungnya, Datuk Seri Muhammad Azmin Ali turut memberi amaran tindakan meneruskan mesyuarat berkenaan boleh mengundang implikasi undang-undang yang
00:21serius.
00:23Azmin berkata bersatu bimbang perjalanan mesyuarat dan sebarang keputusan yang dibuat boleh menimbulkan persoalan dari sudut perundangan.
00:31Beliau turut mengingatkan mengenai peruntukan Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan berkaitan pengurusan pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
00:41Menurutnya, setiusaha agung PAS, Datuk Seri Takiuddin Hassan mengeluarkan surat jemputan mesyuarat pada 23 Oktober iaitu hari sama notis rayuan
00:50difilkan di Mahkamah Rayuan.
00:52Sebelum ini, pendaftar pertubuhan membatalkan pendaftaran PN pada 20 Oktober namun Mahkamah Tinggi membenarkan penggantungan pelaksanaan perintah itu dua hari
01:02kemudian.
01:03Azmin berpendapat, keputusan tersebut tidak secara otomatik memulihkan pendaftaran PN dan semua pihak perlu mengekalkan status quo sehingga proses mahkamah
01:13selesai.
01:14Beliau turut membangkitkan pertikaian terdahulu mengenai korum kepimpinan dan keanggotaan bersatu dalam PN yang didakwa masih belum diselesaikan.
01:24Bersatu kini meneliti perkembangan tersebut dan akan mendapatkan pandangan pasukan peguam sebelum membuat sebarang pendirian lanjut.
01:33Terima kasih telah menonton!

Recommended