Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu Osman Abdullah berkata daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah tertinggi lokasi dijangka terjejas iaitu 97 kawasan, diiikuti Dungun (72), Hulu Terengganu (63), Setiu (59), Kemaman (55), Kuala Nerus (47), Marang (35) dan Besut (32).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sebanyak 460 lokasi di Teringganu, dikenalpasti berisiko dilanda banjir susulan monsoon Timur Laut MTL yang dijangka bermula selasa ini.
00:09Memetik bernama Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran GPS Teringganu, Osman Abdullah berkata,
00:14daerah Kuala Terengganu merekodkan jumlah tertinggi lokasi dijangka terjejas iaitu 97 kawasan.
00:23Ia diikuti Dongun 72, Hulu Terengganu 63, Setiu 59, Kemaman 55, Kuala Nerus 47, Marang 35 dan Besut 32.
00:33Beliau berkata, selain kerudukan lokasi yang terletak berhampiran sungai, faktor lain seperti sistem saliran yang tidak mampu menampung air hujan
00:40berterusan juga menjadi punca sesebuah kawasan senang dinaiki air.
00:43Antara punca utama berlakunya banjir di Terengganu, khususnya ketika musim MTL ialah hujan lebat,
00:48berterusan dalam tempoh yang panjang sehingga menyebabkan paras air sungai meningkat dan melimpah ke kawasan rendah serta penempatan sungai.
00:56Selain itu, air laut pasang tinggi yang menghalang aliran sungai keluar ke laut sekaligus menyebabkan air bertakung dan meningkatkan risiko
01:02banjir.
01:03Ia diburukkan lagi dengan longkang dan saliran air tersumbat akibat sampah serta halangan lain yang mengganggu kelancaran aliran air.
01:10Osman berkata, faktor lain berlaku banjir ialah pembangunan dan perubahan guna tanah yang boleh menyebabkan aliran air di permukaan tanah
01:17sehingga air lebih cepat mengalir ke kawasan rendah.
01:19Beliau berkata susulan itu, projek tempatan banjir Terengganu Utara UMT yang bernilai RM8 juta oleh kerajaan persekutuan
01:25dijangka dapat meningkatkan keupayaan sistem saliran sedia ada
01:29serta mengurangkan risiko di kawasan Kuala Nerus yang sedang pesat membangun.
01:34Projek itu dijangka mengurangkan keluasan kawasan berisiko banjir dari 700 hektare ke 450 hektare
01:40sekaligus melindungi kira-kira 3,000 penduduk di kawasan perumahan Gongbadak daripada masalah banjir kilat.

Recommended