Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Sebanyak RM950.78 juta pembiayaan disalurkan kepada 44,059 usahawan dan koperasi di Sabah setakat September tahun ini menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta agensinya.
Transcript
00:00Sebanyak RM950.78 juta pembiayaan disalurkan kepada 44,059 usahawan dan kooperasi di Sabah setakat September tahun ini, menerusi Kementerian
00:12Pembangunan Usahawan dan Kooperasi Kuskop serta agensinya.
00:16Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Haji Jinor berkata, jumlah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas akses pembiayaan serta meningkatkan pertumbuhan
00:25dan dais saing perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS.
00:31Beliau berkata dalam ucapan peresmian karnival HPM peringkat Sabah 2026 di lintasan Diyosoka di Kota Kinabalu yang dibacakan Timbalan Ketua
00:40Menteri 3 merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Iwan Benedik.
00:47Haji Jinor berkata, pembangunan usahawan perlu merangkumi latihan, penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti, kemudahan permohonan serta akses kepada pasaran lebih luas
00:58selaras dengan aspirasi hebatkan peniagaan Malaysia HPM.
01:02Haji Jinor berkata, usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan itu selari dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya SMJ 2 bagi tempoh 2026
01:12hingga 2030.
01:13Ia memberi tumpuan kepada peningkatan daya saing, produktiviti dan nilai tambah ekonomi negeri.
01:19Beliau berkata, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program bantuan SME UP serta membuka peluang kepada produk tempatan menembusi
01:29pasaran baharu dalam sektor makanan dan minuman, pertanian, pelancongan dan kraft tangan.

Recommended