Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
AWANI Borneo Ahad 25 Oktober 2026 bersama Khalis Kadir

- RM950.78 juta disalur kepada lebih 44,000 usahawan di Sabah

- Sabah ambil tindakan segera tangani gangguan di Tawau

- Warisan buka ruang kerjasama, bertanding semua kerusi di Sabah & Labuan

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:07Assalamualaikum, salam hormat anda sedang menonton
00:10Awani Borneo bersama saya Kalis Kadir
00:12Kita ikuti dahulu tumpuan utama kami malam ini
00:22950.78 juta ringgit disalur kepada lebih 44 ribu usahawan di Sabah
00:29Tindakan segera tangani gangguan di Tawau
00:37Warisan bertanding semua kerusi di Sabah dan Labuan buka ruang kerjasama
00:48Sebanyak 27 sekolah di daerah Tebudu Serian akan ditutup sementara pada Isnen berikutan keadaan jerebu
00:55Berdasarkan pemantauan berterusan bacaan indeks pencemar udara IPU dan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia
01:02Jabatan Pendidikan Negeri JPM Sarawak dalam penyataan pada Ahad memaklumkan
01:07Penutupan pada Isnen 26 Oktober itu membabitkan semua sekolah menengah dan 26 sekolah rendah di bawah seliaan Jabatan Berkenaan
01:15Sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran di rumah BDPR akan dilaksanakan
01:21Manakala guru serta anggota kumpulan pelaksana AKP dibenarkan bekerja dari rumah BDR
01:26Keputusan penutupan turut terpakai kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200 selepas kenyataan
01:36dikeluarkan
01:36Bagaimanapun sesi persekolahan secara bersemuka bagi calon sijil pelajaran Malaysia SPM diteruskan
01:43Dengan pematuhan kepada pemakaian pelitup muka selaras dengan garis panduan pengurusan peperiksaan ketika bencana dan jerebu
01:51JPN Sarawak memaklumkan bagi sekolah berhampiran daerah yang mencatatkan IPU melebihi 200
01:57Guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PDPR dengan mengambil kira faktor kesihatan serta keselamatan murid
02:10Sebanyak RM950.78 juta pembiayaan disalurkan kepada 44,059 usahawan dan kooperasi di Sabah setakat September tahun ini
02:21Menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kooperasi Kuskop serta agensinya
02:26Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji J. Nur berkata jumlah itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperluas akses pembiayaan
02:33Serta meningkatkan pertumbuhan dan daerah saing perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS
02:41Beliau berkata dalam ucapan perasmian karnival HPM peringkat Sabah 2026 di lintasan Diosoka di Kota Kinabalu
02:49yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Iwan Benedik
02:58Haji J berkata pembangunan usahawan perlu merangkumi latihan, penggunaan teknologi, peningkatan produktiviti, kemudahan permohonan
03:06serta akses kepada pasaran lebih luas selaras dengan aspirasi hebatkan peniagaan Malaysia HPM
03:12Haji J berkata usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan itu selari dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya SMJ II bagi tempoh 2026
03:22hingga 2030
03:23Ia memberi tumpuan kepada peningkatan daya saing, produktiviti dan nilai tambah ekonomi negeri
03:29Beliau berkata kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk program bantuan SME UP
03:36serta membuka peluang kepada produk tempatan menembusi pasaran baharu dalam sektor makanan dan minuman, pertanian, pelancongan dan kraftangan
03:47Pelajar tingkatan 6 dijangka mula menerima alaun secara hidup berjumlah RM2,500 pada semester pertama tahun depan
03:55Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadlina Sidik berkata, alaun akan diagihkan kepada pelajar selepas selesai proses pendaftaran
04:03yang diselurkan secara berperingkat untuk tempoh 3 semester pengajian
04:31Beliau berkata pihaknya menyambut baik pengumuman bantuan tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri
04:38menerusi belanjawan 2027 baru-baru ini
04:41Katanya ia selari dengan hasrat kementerian yang mahu memastikan pelajar tingkatan 6 turut mendapat sokongan sewajarnya
04:49dari aspek pemelajaran selain dapat meningkatkan kualiti sijil tinggi persekolahan Malaysia, STPM
04:56Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup jelajah negaraku
05:04Aku Kasih Malaysia di Nibung Tebal, Pulau Pinang pada Ahad
05:12Isu gangguan bekalan air di Tawau dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet Sabah pada minggu lalu
05:19agar tindakan segera diambil bagi membantu penduduk terjejas
05:23Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
05:29yang membangkitkan perkara berkenaan berkata
05:31Cuaca kering dan kekurangan hujan berpanjangan di Tawau menyebabkan sumber air mentah terjejas
05:37sehingga mengganggu operasi rawatan serta pengagihan bekalan air kepada penduduk
05:42Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jinor telah mengarahkan Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah
05:49agar Jabatan Air Negeri Sabah Tawau mengambil tindakan proaktif
05:54Ia termasuk mempergiat penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas
06:01Selain itu, Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr. Juwakim Gun Salam
06:06turut memberi jaminan isu berkenaan dipantau serta keupayaan digerakkan
06:11bagi membantu penduduk terjejas
06:13Gangguan bekalan air di Tawau berlaku sejak minggu lepas
06:17sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk
06:21Dalam hari itu, Nizam berkata
06:23Berdasarkan maklumat terkini, Jabatan Air Negeri Sabah Tawau
06:27operasi loji rawatan air LRA Utara masih terjejas
06:31berikutan masalah kualiti air mentah dari Sungai Tawau
06:35Nizam berkata penghantaran bantuan air akan diteruskan
06:38mengikut kemampuan operasi semasa
06:41dengan penyelerasan yang lebih teratur
06:43bagi memastikan kawasan terjejas
06:45mendapat perhatian
06:47Beliau berkata masalah bekalan air
06:49tidak boleh dipandang ringan
06:51kerana ia membabitkan keperluan asas rakyat
06:54selain memberi kesan kepada urusan harian isi rumah
06:59Kadar pengangguran Sabah yang masih antara tertinggi
07:03menuntut golongan belia memanfaatkan peluang pekerjaan
07:06dan meneroka sumber pendapatan sendiri
07:09termasuk menerusi ekonomi gig dan perniagaan kecil
07:12Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Balung, Sain Ahmad Sain Abbas berkata
07:16Hanjuran Karnival Geek Prenia Ekonomi dan Kerjaya GIKS Zone 2026
07:22membuka ruang kepada masyarakat
07:24meneroka peluang jana pendapatan, pekerjaan dan perniagaan
07:30Kerana kita boleh berusaha sendiri, usahawan sendiri
07:33biarpun kesikusilan dari rumah
07:35kerana ia boleh membantu
07:36kerana ada yang satu kes
07:39dia bermula daripada membuat kek sejak di rumah
07:41tapi lama-lama dia menjadi satu usahawan
07:43yang mempunyai kilang sendiri
07:45Beliau berkata demikian ketika ditemui media
07:48selepas mewakili Menteri Pembangunan Belia
07:51Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah
07:53Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
07:55di Karnival Berkenaan
07:57Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Eskom
08:00Datuk Jamaluddin Muhammad Ali berkata
08:02usaha meningkatkan pendapatan masyarakat
08:04turut berkait dengan keselamatan
08:06di Zon Selamat Timur Sabah atau S-Zon
08:09Kalau tiada pendapatan, of course
08:12Kerajaan banyak buat insentif-insentif
08:15dalam ekonomi madani
08:17ini kita bawa ni
08:19kalau tiada pendapatan, of course lah
08:20mereka pun perlu pendapatan
08:22tapi perubatan jenayah itu satu kesalahan
08:24jangan buat jenayah
08:26kita akan tangkap
08:27Bagi Komander Eskom, Datuk Victor Sanjos berkata
08:31usaha membantu masyarakat S-Zon
08:33memperoleh pendapatan yang stabil
08:35turut menggalakkan mereka bersama-sama
08:38menjaga keselamatan kawasan masing-masing
08:40Harapan daripada Eskom ini adalah
08:43apabila ada kelimpat mereka yang mengganggu
08:46ketenteraan awasan E-Zon
08:49yang boleh menyebabkan situasi ekonomi penduduk itu tergugat
08:54maka harapan kita mereka ini akan menjadi
08:57mata telingkat dan rada bergerak pada
09:00keselamatan
09:01Carnival yang julung kali diadakan itu
09:04menyasarkan 3,000 pengunjung
09:06dengan 1,500 orang sudah mendaftar
09:09program berkenaan turut dirancang
09:11untuk diperluas ke daerah lain
09:13dalam S-Zon
09:14termasuk kudat, sandakan dan beluran
09:19Rakyat Sabah dan Sarawak teguh
09:22mendukung kedaulatan Malaysia
09:23serta menolak sebarang provokasi
09:26menghina jalur gemilang
09:28oleh pihak tidak bertanggungjawab
09:30di luar negara
09:31Menteri di Jabatan Perdana Menteri
09:33Sabah dan Sarawak
09:34Datuk Mustafa Samuk berkata
09:35tindakan sekumpulan rakyat Malaysia
09:37yang menghina jalur gemilang
09:39di luar negara
09:40hanya berisiko menjejaskan reputasi
09:43penduduk negara ini
09:44yang belajar dan bekerja di sana
09:48dalam satu kenyataan media
09:50Mustafa memberitahu
09:52menghina lambang kedaulatan negara
09:54tidak mencerminkan langsung
09:56budaya warga Sabah dan Sarawak
09:59yang penuh adab
10:00dan santun
10:01beliau berkata demikian
10:03sesulan tindakan sekumpulan individu
10:05daripada pertubuhan Sabah Sarawak
10:07keluar Malaysia SSKM Australia
10:09yang mengadakan demonstrasi
10:11dan mempamerkan jalur gemilang
10:13secara terbalik di Melbourne
10:15bersempena dengan hari pertubuhan
10:17bangsa-bangsa bersatu
10:19PBB pada 24 Oktober lepas
10:21Mustafa berkata
10:23walaupun kerajaan Madani
10:24menjamin kebebasan bersuara
10:26hak demokratik berkenaan
10:28tidak bermakna
10:29seseorang itu terlepas
10:31daripada implikasi undang-undang
10:33atas tindakannya
10:34sehubungan dengan itu
10:35beliau menggalakkan
10:36orang ramai membuat laporan polis
10:38agar pihak berkuasa dapat
10:40menyiasat kandungan media sosial
10:42yang memaparkan jalur gemilang
10:44secara terbalik
10:45mengikut lunas undang-undang
10:46mengenai Perjanjian Malaysia 1963
10:48MA63
10:50Mustafa berkata
10:51tuntutan berkaitan perjanjian itu
10:53yang sebelum ini dianggap sensitif
10:55kini dibincangkan
10:56secara telus
10:57dan diangkat sebagai
10:58agenda utama negara
11:00beliau berkata
11:01rundingan rasmi
11:02di bawah pentadbiran
11:02Perdana Menteri
11:03Datuk Seri Anwar Ibrahim
11:04dalam tempoh hampir 4 tahun
11:06telah menyelesaikan
11:0812 perkara
11:09MA63
11:10di samping
11:12melonjakkan
11:12pemberian khas
11:13interim Sabah
11:14kepada
11:151.5 bilion ringgit
11:17setahun
11:18menurutnya
11:19rundingan mengenai
11:20tuntutan 40%
11:22hasil bersih Sabah juga
11:23diteruskan
11:24bagi mencapai
11:26penyelesaian tuntas
11:30berita itu
11:31mengakhiri Awani Borneo
11:32saya Khalis Kadir
11:33Assalamualaikum
11:34Salam Hormat
11:34Terima kasih kerana menonton!
11:39Terima kasih kerana menonton!

Recommended