00:00Pembukaan sekolah di Johor dilaksanakan secara berfasa dengan fasa pertama pada Isnin dan Selasa ini dihadkan kepada pelajar yang perlu
00:07menduduki peperiksaan mengikut jadual ditetapkan.
00:11Pengurusi Jawatan Kuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Dr. Mohd Nakib Madghazali berkata, keputusan itu dibuat atas titah pemangku Sultan Johor,
00:20Tunku Mahkota Ismail yang sentiasa menitik beratkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan seluruh bangsa Johor.
00:31Menurutnya, tempoh itu juga akan memberi ruang kepada pihak pentadbiran sekolah dan para guru dalam melaksanakan persiapan menghadapi peperiksaan sijil
00:39pelajaran Malaysia serta ujian akhir sesi akademik.
00:43Manakala fasa kedua pula bermula pada Rabu dengan semua sekolah di seluruh Johor dijadual beroperasi sepenuhnya seperti biasa, tertakluk kepada
00:51perkembangan semasa kualiti udara.
00:53Mohd Nakib berkata, sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menyelaras pelaksanaan prosedur operasi standar kesihatan dan keselamatan.
01:03Ia termasuk pemakaian pelitup muka serta pemantauan aktiviti persekolahan berdasarkan bacaan indeks pencema udara IPU semasa.
01:11Beliau berkata pada masa sama, kerajaan negeri bersama dengan agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan situasi jerebu secara berterusan bagi
01:20memastikan sebarang tindakan dapat dilaksana berdasarkan penilaian keadaan semasa.
01:25Semalam, kerajaan negeri Johor memutuskan semua institusi pendidikan akan kembali beroperasi esok setelah mengambil kira perkembangan situasi jerebu dan penilaian
01:34agensi berkaitan.
01:35Hanya dua daerah di Johor mencatatkan IPU tidak sihat iaitu Pasir Gudang dengan bacaan 154 dan Batu Pahat 127 setakat
01:464 petang Ahad.