Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyita 5,801 unit mainan span lembut atau squishy bernilai RM70,428 menerusi penguatkuasaan di seluruh negara kerana gagal mempamerkan Tanda Pematuhan Standard Keselamatan (MC).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kosar Hidup KPDN menyita 5,801 unit mainan sepan lembut atau squishy bernilai RM70,428.
00:12Tindakan itu dilakukan menerusi penguatkuasaan di seluruh negara kerana gagal mempamerkan tanda pematuhan standar keselamatan atau MC.
00:25Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Dato' Azman Adam berkata sitaan itu hasil 15 kes tindakan penguatkuasaan sepanjang pemeriksaan khas dari 1
00:33hingga 14 Oktober bagi memastikan pematuhan terhadap standar keselamatan mainan kanak-kanak.
00:39Dalam kenyataan pada ahad, beliau berkata sepanjang tempoh itu sebanyak 1,845 premis diperiksa melibatkan penghilang, pengimport, pemborong dan peruncit.
00:49Katanya KPDN memandang serius isu keselamatan mainan kanak-kanak dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang gagal mematuhi peraturan di
00:57bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999, Kurungan Akta 599.
01:04Azman berkata KPDN akan terus mempergiat pemeriksaan dan penguatkuasaan bagi memastikan hanya produk yang mematuhi standar keselamatan ditawarkan di pasaran.
01:13Beliau menasihatkan orang ramai, khususnya ibu bapa supaya sentiasa menyemak label dan tanda pematuhan keselamatan sebelum membeli mainan untuk anak.

Recommended