00:00Bertemu kembali, Agensi Kawalan dan Pelindungan Sempadan AKPS merekodkan nilai rampasan mencecah 322.74 juta ringgit hingga Oktober tahun ini,
00:11meningkat 4 kali ganda berbanding tahun lepas.
00:15Sekaligus membuktikan keberkesanan agensi dalam membantras ketirisan hasil negara. Menteri Dalam Negeri, Datuk Sri Saifuddin Nasir Tuan Ismail berkata pencapaian
00:24membanggakan itu kerana AKPS masih beroperasi pada kadar kekuatan awal sejak penubuhannya 2 tahun lepas.
00:34Beliau berkata kejayaan berkenaan membuktikan bahawa peranan AKPS bukan sekadar tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang dan kawalan keselamatan sempadan, malah
00:45turut menjadi benting-penting dalam melindungi kepentingan fiskal negara.
00:49Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setia Usaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr. Awang Ali Jeman pada Madlis Sambutan Hari
00:57Ulang Tahun Kedua Penubuhan AKPS.
00:59Katanya usaha membantras ketirisan hasil negara perlu terus dipergiat khususnya melibatkan peneludupan barangan berduti, komoditi telarang, flora dan fauna serta
01:09barangan bersubsidi yang mengakibatkan kerugian kepada rakyat dan negara.
01:14AKPS kini bukan lagi sekadar entiti baru tetapi tonggak keselamatan sempadan yang tangkas bertindak terhadap dinamik keselamatan antarabangsa.
01:22Beliau berkata ketangkasan dan kecekapan AKPS telah diuji susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lepas yang
01:32mendorong kerajaan menetapkan pelan tindakan penambahbaikan dan mitigasi keselamatan,
01:38perteraskan tiga komponen utama iaitu keselamatan penerbangan, keselamatan negara dan sempadan serta keselamatan fizikal dan perlindungan.