00:00Sarawak sahkan terdapat cadangan pelaburan dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan AI di Sarawak.
00:06Ia sebahagian daripada pelaburan asing bernilai 50 bilion dolar Amerika yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim baru-baru
00:14ini.
00:15Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata cadangan itu masih dalam peringkat perancangan dan membabitkan syarikat antarabangsa tekemuka.
00:25Jelas Abang Johari pelaburan itu dilaporkan sebagai sebahagian daripada komitmen pelabur antarabangsa dalam sektor teknologi dan ekonomi digital termasuk pembangunan
00:36infrastruktur pusat data.
00:38Memang yang kata Perdana Menteri itu betul tapi dalam rangka perancangan. Memang ada cadangan.
00:54untuk menabur mengenai dengan intelijen data senter.
01:03Jadi jumlahnya kita siap dapat nyebut investor dulu kerana yang international top company takut nyebut stock apa indah lah.
01:14Kita siap dapat nyebut nama tapi memang menang ada.
01:18Abang Johari berkata pelaburan tersebut berkemungkinan akan ditempatkan di Tanjung Embang yang dirancang untuk dibangunkan sebagai hub berteknologi tinggi dan
01:28rendah karbon yang dilengkapi dengan kampus AI.
01:32Katanya lagi cadangan itu selari dengan potensi Sarawak sebagai hub pusat data susulan kesediaan sumber tenaga termasuk tenaga boleh diperbaharui
01:41serta keperluan infrastruktur digital bagi menyokong perkembangan teknologi AI.