00:00Pihak berkuasa tempatan mempunyai jadual penugasan penguatkuasaan di luar waktu pejabat bagi menangani aduan gangguan bunyi akibat aktiviti hiburan di
00:09premis kediaman dan kawasan terbuka termasuk pada waktu malam serta hujung minggu.
00:14Di malam Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Atira Sabu berkata PBT turut melaksanakan pemantauan berterusan berdasarkan aduan awam
00:23secara masa nyata.
00:26Jelasnya lagi operasi bersepadu dijalankan bersama polis diraja Malaysia bagi membolehkan tindakan diambil terhadap kesalahan membuat bising.
00:36Pertama, saya ingin sebutkan bahawa pegawai-pegawai penguatkuasa kita di peringkat PBT ada jadual bertugas penguatkuasaan yang teratur, termasuk yang
00:45kalau kita panggil on call lah Tuan Di Pertua, walaupun di luar waktu pejabat.
00:48Dan penugasan shift di luar waktu ini adalah untuk mengendalikan seperti mana isu-isu yang dibangkitkan.
00:54Beliau menjawab soalan tambahan Wan Razali Wan Nur PN Kuantan mengenai sejauh mana KPKT memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan secara lebih
01:03berkesan di luar waktu pejabat, khususnya pada waktu malam dan hujung minggu.
01:09Menurut Aiman Atirah, Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976 membolehkan notis menghentikan kacau ganggu dikeluarkan setel merta kepada pihak yang
01:19bertanggungjawab,
01:20manakala kerjasama dengan PDRM turut membolehkan tindakan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
01:29PBT menetapkan had waktu operasi bagi aktiviti hiburan berhampiran kawasan sensitif seperti hospital, sekolah, kawasan perumahan dan rumah ibadat sehingga
01:40jam 11 malam atau tengah malam.
01:42Terima kasih telah menonton!