Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang pramugara didakwa atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan dalam kemalangan di Kuala Lumpur.
Transcript
00:00Seorang pramugara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur pada Isnin atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol
00:08sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan dalam satu kemalangan pada Sabtu lalu.
00:13Tertuduh Muhammad Iman Nafis Fong Muhammad Sabirin, 26 tahun, membuat pengakuan itu sepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Atikah Muhammad.
00:24Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa memandu sebuah kereta dengan kandungan alkohol dalam darah sebanyak 64mg bagi setiap 100ml, melebihi had
00:34dibenarkan iaitu 50mg bagi setiap 100ml.
00:39Perbuatan itu didakwa menyebabkan kematian Faris Irfan Fazli berusia 29 tahun di Lebuh Raya Sultan Iskandar menghala ke jalan Parlimen
00:46pada jam 49 pagi pada 24 Oktober lepas.
00:50Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 44, Subseksyen 1, Subseksyen B, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
00:57Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan kepada Ahmad Zakiamani Zakaria berusia 49 tahun
01:05di lokasi dan waktu yang sama.
01:08Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 44, Subseksyen 1A, Subseksyen B, Akta Pengangkutan Jalan.
01:14Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM35,000 dengan seorang penjamin.
01:21Mahkamah juga memerintahkan lesin memandu tertuduh di gantung serta merta dan mengarahkannya melapor diri di balai polis pada setiap satu
01:28hari bulan.
01:29Kes akan disebut semula pada 30 November bagi serahan dokumen.

Recommended