00:00Dalam perkembangan berkaitan, Arab Saudi merancang menyimpan minyak mentah di kemudahan bawah tanah jurung Rock Caverns di Singapura mulai separuh
00:09ke-2-2027 bagi memperkukuh keselamatan bekalan tenaga di rantau ini.
00:14Langkah itu menyusul gangguan bekalan minyak ke Asia menerusi selat hormus, susulan perang antara Amerika Syarikat Israel dengan Iran.
00:25Sebelum konflik itu, Asia mengimport 2 per 3 bekalan minyak mentahnya dari Asia Barat.
00:32Menteri Tenaga Perdagangan dan Industri Singapura Tan Si Leng berkata, Saudi Aramco akan memeterai memorandum persefahaman dengan Energy Market Authority
00:41dan JTC Corp pada Isnin dengan rundingan disasarkan selesai dalam tempoh beberapa bulan.
00:47Menteri Tenaga Arab Saudi Putra Abdul Aziz bin Salman R. Saud berkata, penyimpanan minyak lebih dekat dengan pasaran utama Asia
00:55akan meningkatkan fleksibiliti rangkaian bekalan serta menyokong keselamatan tenaga Singapura sekiranya berlaku gangguan bekalan.
01:04Kemudahan di Pulau Jurung itu terletak pada kedalaman 150 meter dan mampu menyimpan sehingga 1.47 juta meter padu hidrokarbon
01:13tercair.
01:13Saudi Aramco turut menyimpan minyak mentah di Jepun dan Korea Selatan termasuk 5.3 juta tonk di kemudahan wisat Korea
01:22Selatan menerusi perjanjian 5 tahun yang dimeterai pada 2023.
01:26Terima kasih kerana menonton!
01:27Terima kasih kerana menonton!
01:29Terima kasih kerana menonton!
01:29Terima kasih kerana menonton!