Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Beberapa pantai di UAE ditutup selepas pencemaran minyak akibat kebocoran kapal tangki yang diserang semasa konflik melibatkan Iran.
Transcript
00:00Beberapa pantai di Emiriyah Arab Bersatu UAE ditutup selepas berlaku pencemaran minyak yang dipercayai berpunca daripada serangan ke atas sebuah
00:09kapal tangki semasa konflik melibatkan Iran.
00:13Kementerian Alam Sekitar UAE memalumkan kawasan yang terjejas meliputi pantai di Sharjah, Um Al-Qua'in dan Ras Al-Haimah
00:20berhampiran Dubai.
00:24Kementerian itu menegaskan pencemaran berkenaan berpunca daripada kebocoran sebuah kapal tangki minyak dan usaha kawalan serta pembersihan sedang dilaksanakan.
00:34Penduduk di Sharjah turut melaporkan bau petrol dan gas yang kuat sejak beberapa hari lalu.
00:40Bagaimanapun pihak berkuasa menegaskan setakat ini tiada risiko kesihatan dikesan walaupun siasatan masih diteruskan.
00:46Penyelidik Pertubuhan Keamanan Belanda Wim Zweijanenberg berkata, tumpahan itu dipercayai berasal daripada kapal tangki berbendera Panama yang dimiliki syarikat berpangkalan
00:57di Taiwan.
00:58Tambahnya kapal sepanjang 330 meter itu mula mengalami kebocoran selepas diserang dua minggu lalu dan kini tumpahan minyak berkenaan telah
01:07merebak sehingga kira-kira 90 kilometer.
01:09Sebelum ini, Agensi Operasi Pendagangan Maritim UK atau UKMTO melaporkan sebuah projek til telah menghentam kapal tersebut dan mencetuskan kebakaran.
01:20Kawasan perairan yang terjejas merupakan habitat paling penting pada dugong, lumba-lumba, penyu, terumbu karang, hutan bakau dan padang rumput
01:28laut.
01:29Pihak berkuasa memberi amaran bahawa pencamaran minyak di rantau teluk meningkat sejak konflik melibatkan Iran bermula pada Februari lalu.

Recommended