00:00Bertemu kembali, Liga Arab memberi amaran bahawa gencatan senjata di Gaza masih berada dalam keadaan rapuh dan memerlukan tindakan segera
00:08masyarakat antarabangsa.
00:10Setiausaha agung Liga Arab Nabil Fahmi menyatakan perkara itu ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB,
00:19Antonio Guterres di Kahirah.
00:23Menurut beliau, lebih 1,500 rakyat Palestine dilaporkan terbunuh sejak gencatan senjata berkuatkuasa pada Oktober 2025.
00:30Nabil berkata keadaan semasa di Gaza kini menjadi ujian besar terhadap kredibiliti sistem antarabangsa dalam menegakkan undang-undang dan keadilan.
00:39Beliau turut menekankan keperluan melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2803.
00:43Majlis Keselamatan PBB mengekalkan kesatuan wilayah Palestine yang diduduki dan menyokong peranan UNRWA dalam membantu pelarian Palestine.
00:53Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan pendirian Liga Arab yang menentang serangan terhadap negara-negara Arab, termasuk serangan yang dikatakan melibatkan
01:01Iran dan kumpulan Houthi.
01:03Beliau turut menyatakan sokongan terhadap Arab Saudi dan hak negara itu untuk mempertahankan keselamatan serta kedaulatannya.
01:09Pertemuan itu turut menyentuh perkembangan di Lubnan, Sudan, Syria dan Libya.
01:14Dengan kedua pihak menegaskan kepentingan memelihara perpaduan dan kedaulatan negara terbabit.
01:20Sementara itu, Guterres menegaskan komitmen PBB untuk terus bekerjasama dengan Liga Arab bagi menangani pelbagai cabaran serantau dan antarabangsa.