00:00Satu jawatankuasa khas di cadang diwujudkan di bawah jawatankuasa teknikal majlis tindakan pelaksanaan perjanjian Malaysia 1963, MTPME 63, berkenaan pertambahan
00:12kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak.
00:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Saqmud berkata, cadangan itu akan dikemukakan kepada Menteri di Jabatan
00:22Perdana Menteri, Undang-Undang dan Reformasi Institusi,
00:26Datuk Sui Azalina Uthman Said yang bertanggungjawab dalam hal ihwal Undang-Undang.
00:33Sebagai orang Sabah, saya memang mahu supaya akan ada pertambahan kursi untuk Sabah dan Sarawak ini.
00:42Kita kena tambah sebab ini adalah spirit Perlembagaan Perjanjian MN63.
00:49Perlu ada representasi yang mencukupi untuk suara Sabah dan Sarawak ini didengar dalam Dewan yang mulia ini.
01:00Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan rang Undang-Undang Perbekalan 2027,
01:06peringkat dasar bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat pada Isnin.
01:11Berhubung pencapaian MA63, Mustafa berkata kerajaan mencatat rekod terbaik dalam menyelesaikan 12 perkara dalam MA63
01:20menjadikan sebanyak 16 perkara dikategorikan telah selesai hingga kini.
01:25Menyentuh tentang garis masa, Mustafa berkata 5 perkara berbaki termasuk berkaitan pembayaran royalti minyak
01:32perlu diputuskan oleh jawatan kuasa tertinggi melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,
01:38Premier Sarawak Tan Sri Abang Johri Ton Uping dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Jinur.
01:44Beliau berkata tarikh mesyuarat jawatan kuasa itu tertakluk kepada keperluan dan kesesuaian masa antara ketiga-tiga pemimpin tersebut.
01:53Terima kasih kerana menonton!