Skip to playerSkip to main content
  • 26 minutes ago
Penglibatan syarikat berkaitan kerajaan dalam pembangunan perumahan bukan perkara baharu, malah mempunyai asas sejak pembangunan Putrajaya yang turut menggunakan dana Petronas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan institusi itu tidak seharusnya dilihat terhad kepada bidang teras masing-masing, sebaliknya turut mengambil kira keperluan rakyat dan kepentingan komersial.
Transcript
00:00Penglibatan syarikat berkaitan kerajaan dalam pembangunan perumahan bukan perkara baru, malah mempunyai asas sejak pembangunan Putrajaya yang turut menggunakan dana
00:09Petronas.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranan institusi itu tidak seharusnya dilihat terhad kepada bidang teras masing-masing, sebaliknya
00:17turut mengambil kira keperluan rakyat dan kepentingan komersial.
00:23Putrajaya Holding, dari awal Putrajaya itu dibangunkan dengan dana Petronas dan Putrajaya itu bukan sahaja pejabat kerajaan tapi juga hotel,
00:34kebunduan awam, swasta dan pelaburan dalam pelbagai bidang dan juga dalam bidang pelancongan.
00:46Begitu juga perumahan awam seperti rumah kota Madani dan untuk pejabat awam, 80% untuk pejabat awam kerana pejabat awam
00:59menghadapi beban kurang perumahan di ibu kota Putrajaya.
01:08Tapi ini bukan perkara baru, 10 tahun yang lalu kita lihat syarikat-syarikat GLIK ini terlibat dalam pembinaan perumahan pelajar
01:23-pelajar Malaysia di Canada, di Korea, di Belanda.
01:29Jadi saya katakan mengapa tidak boleh dikembangkan di Malaysia, itu sebabnya mengapa dan United Kingdom ini yang sejak lama dulu.
01:43Sebab itu saya kata bahawa ini ada penglibatan untuk membina bangunan residensi siswa 10,000 unit fasa pertama dengan matlamat
01:5230,000 unit yang melibatkan GLIKs.
01:55kerana itu memenuhi keperluan anak-anak kita.

Recommended