Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Flavio Bolsonaro mendakwa Mahkamah Agung Brazil mengarahkannya menyerahkan pasport dan melarang beliau meninggalkan negara itu selepas pilihan raya presiden.
Transcript
00:00Calon Presiden Brazil yang tewas dalam pilihan raya baru-baru ini, Flavio Bolsonaro mendakwa beliau dilarang meninggalkan negara itu dan
00:07diarahkan menyerahkan pasport oleh Mahkamah Agung Brazil.
00:10Menerusi satu video yang dibuat naik di PlatformX, senator itu berkata arahan tersebut disampaikan kepadanya oleh pegawai polis Persekutuan Brazil
00:18selepas beliau melawat bapanya, bekas Presiden, Herr Bolsonaro.
00:23Menurut Flavio, perintah itu didakwa dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Agung, Alexandre de Moraes pada ahad malam sejurus keputusan pilihan raya
00:31diumumkan.
00:32Bagaimanapun sehingga kini, tiada salinan rasmi perintah mahkamah itu didedahkan kepada umum dan asas perundangan bagi sekatan perjalanan tersebut masih
00:40belum jelas.
00:40Flavio mendakwa tindakan itu mungkin berkaitan dengan kenyataan adiknya, Eduardo Bolsonaro, yang sebelum ini mencerangkan agar beliau meninggalkan Brazil sekiranya
00:50kalah dalam pilihan raya.
00:52Beliau menegaskan tidak pernah berniat meninggalkan negara itu dan akan mematuhi arahan menyerahkan pasport.
00:57Namun, Flavio berkata pihaknya akan mencabar keputusan tersebut dan meneruskan aktiviti politik seperti biasa.
01:04Beliau turut mengulangi hasrat untuk memohon pembatalan kemenangan Presiden Luis Inacio Lula da Silva atas dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses
01:12pengundian.

Recommended