Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya berwaspada dan membuat persiapan awal susulan bermulanya Monsun Timur Laut 2026/2027.
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi menyeru rakyat Malaysia supaya sentiasa berwaspada susulan bermulanya monsoon timur laut
00:072026-2027 hari ini.
00:10Menurut beliau, musim monsoon yang dijangka berlarutan sehingga Mac tahun depan berpotensi membawa hujan lebat berterusan, banjir dan laut bergelora.
00:21Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, antara 3 hingga 5 episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku antara November 2026 hingga Januari
00:302027.
00:32Keadaan ini boleh meningkatkan risiko banjir terutama di kawasan berhampiran sungai dan kawasan rendah.
00:38Ahmad Zaid Trub berkata, angin kencang sepanjang musim monsoon boleh menyebabkan laut bergelora serta kenaikan paras laut di perairan Laut
00:45Cina Selatan.
00:46Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mengikuti amaran cuaca semasa dan mengelakkan kawasan yang berisiko dinaiki air.
00:54Beliau terus menasihatkan orang ramai supaya tidak meredah banjir serta mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk berpindah ke pusat pemindahan jika
01:02diperlukan.
01:04Selain itu, rakyat digalakkan membuat persediaan awal dengan memastikan dokumen penting, ubat-ubatan, keperluan asas dan nombor kecemasan sentiasa tersedia.
01:12Beliau berharap seluruh rakyat Malaysia sentiasa dilindungi dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh monsoon Timur Laut.

Recommended