Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
AKPK mengingatkan pengguna supaya mengawal komitmen BNPL dan memastikan jumlah bayaran balik hutang tidak melebihi 40 peratus pendapatan.
Transcript
00:00Kemudahan beli sekarang, bayar kemudian atau BNPL boleh menjadi beban keuangan sekiranya pengguna gagal mengawal jumlah komitmen bulanan.
00:08Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit AKPK mengingatkan pengguna bahawa setiap pembelian melalui BNPL tetap merupakan satu bentuk hutang walaupun ansuran
00:17yang ditawarkan kelihatan kecil.
00:19Ketua Pendidikan Keuangan Isi Rumah AKPK Nirmala M. Supramanian berkata, proses permohonan yang mudah dan penawaran kemudahan itu melalui platform
00:28dompet digital menyebabkan pengguna lebih cenderung membuat pembelian tanpa menilaikan mampuan keuangan sebenar.
00:34Beliau turut berkongsi pengalaman mengenai seorang pelajar yang mempunyai lima komitmen BNPL serentak dengan jumlah bayaran bulanan mencecah RM500 berbanding
00:45pendapatan RM2,500.
00:49di mana pun dia masih ansuran sebab kalau kita lihat saya pernah lihat juga seorang student ni yang dia ada
01:00ansuran bayaran bulanan dia ada komitmen BNPL ni dalam lima dan kalau kita ambil kiraan dia dia dah dalam kecil
01:10-kecil je RM100, RM20, ada yang RM25 kan lima tu dah dalam RM500 semuanya.
01:17So bila RM500, gaji dia RM2,500 tu consider daripada gaji dia RM2,500 tu RM500 dah pergi untuk komitmen.
01:26Nirmala berkata pengguna disaran memastikan jumlah keseluruhan bayaran balik hutang termasuk pinjaman perumahan, kenderaan dan BNPL tidak melebihi 40%
01:36daripada pendapatan bulanan.
01:38Beliau turut mencadangkan supaya pengguna mengambil masa sebelum membuat keputusan pembelian selain meneliti terma dan syarat termasuk caj pembayaran lewat,
01:47kos pertabiran dan kemungkinan penalti penyelesaian awal.
01:51Dalam masa yang sama, pengguna digalakkan menggunakan kalkulator nisbah hutang kepada pendapatan yang tersedia di laman web AKPK bagi menilai
01:59kemampuan keuangan sebelum mengambil komitmen baru.
02:01Terima kasih telah menonton!

Recommended