00:00Seterusnya, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia AKPS bakal dilengkapi aset serta teknologi dan inovasi baru bagi memperkukuh kawalan sempadan
00:10negara.
00:10Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua pembangunan AKPS selepas kerajaan menumpukan
00:20kepada pengisian jawatan dan keanggotaan agensi berkenaan.
00:27Jelas beliau keperluan memperkukuh kawalan sempadan itu antara lain didorong ancaman penyeludupan dadah apabila 80% bekalan dadah berasal dari
00:36luar negara, manakala 20% lagi dihasilkan menerusi makmat dalam negara.
00:40Fasa berikutnya nanti adalah fasa untuk penambahan aset termasuk menggunakan penggunaan teknologi dan inovasi baru sebab kawalan sempadan tak boleh
00:55lagi gaya lama sebab jenayah makin kompleks.
00:58Jadi saya boleh respon begini kepada tumpat, tumpat, penggalang kubur dan sebagainya, rantau panjang golok ada termasuk dalam pintu masuk
01:08antarabangsa dengan negara jiran kita.
01:11Ini tak termasuk jalan tikus. Kerana itu AKPS dalam fasa kedua nanti melengkapkan semua kemudahan teknologi adalah ke arah melengkapkan
01:22ke semua termasuklah peralatan pemeriksaan pintu masuk yang munasabah.
01:28Beliau menambah peruntukan kepada AKPS meningkat daripada RM20 juta pada tahun lalu kepada RM490 juta bagi memperkukuh keupayaan agensi berkenaan
01:37mengawal sempadan negara.