Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pakatan Harapan (PH) meletakkan sasaran mempertahankan semua kerusi penyandangnya, selain berusaha merampas beberapa kerusi berpotensi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pakatan Harapan PH meletakkan sasaran mempertahankan semua kerusi penyandangnya
00:05selain berusaha merampas beberapa kerusi berpotensi pada pilihan raya negeri PRN Melaka
00:11Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata perkara itu antara yang dibincangkan
00:17dalam mesyuarat Majlis Presiden PH petang tadi bagi memperincikan persiapan jentera gabungan itu
00:24menghadapi pilihan raya berkenaan.
00:26Dari segi calon-calon yang telah diumumkan tempoh hari, saya lihat gerak kerja mereka diteruskan
00:36dan kita percaya menjelang 31 Oktober nanti, hari penamaan calon, insyaAllah calon-calon dari Pakatan Harapan bersedia
00:45untuk berdepan dengan semua yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri Melaka.
00:54Kita lihat baseline kita adalah kerusi yang ingin kita kekalkan
01:00Masa yang sama, kita sedang mengintai peluang keemasan untuk merampas beberapa kerusi
01:07Jadi sekiranya usaha dan ikhtiar kita dan strategi yang kita manfaatkan kena pada tempatnya
01:17tak mustahil, kita mampu membawa perubahan
01:22dan kita target, kita realistik, kita faham keadaan tapi kita lihat ada beberapa perkara yang
01:34memungkinkan kerusi-kerusi yang kita target ini untuk berpindah kepada Pakatan Harapan
01:41Mengulas persiapan jentera menghadapi PRN Melaka, Fahmi berkata
01:46Majlis Presiden Pakatan Harapan turut menerima taklimat daripada pengurusi Pakatan Harapan Melaka
01:51Adli Zahari dan pemangku pengurusi Majlis Pimpinan Negeri MPN PKR Melaka
01:57Adam Adli Abdul Halim mengenai tahap kesiapsiagaan di peringkat negeri
02:02Beliau berkata mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan Petang Selasa turut ambil maklum
02:07mengenai pembubaran Dun Sarawak serta beberapa usaha pelaksanaan reformasi kerajaan
02:12Sementara itu, bagi memudahkan urusan petugas media sepanjang liputan PRN Melaka
02:18Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata sebuah pusat media utama kendalian
02:22Jabatan Penerangan akan mula beroperasi dari 30 Oktober hingga 14 November ini
02:32Terima kasih

Recommended