00:00Jabatan Immigration Malaysia, JIM menahan seramai 71 individu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemalsuan dokumen dan dokumen perjalanan melibatkan urusan
00:10pemeriksaan kesihatan pekerja asing sejak tahun 2024.
00:14JIM dalam satu kenyataan memaklumkan sebanyak 17 operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan bagi membantras kegiatan pemalsuan pasport dan pengubahsuaian maklumat biodata
00:24pekerja asing.
00:26Menurut jabatan itu, kegiatan berkenaan dikesan berkaitan urusan pemeriksaan kesihatan dan lanjutan pas lawatan kerja sementara PLKS.
00:35Bagaimanapun, JIM menegaskan kegiatan itu tidak semestinya bermaksud dokumen palsu tersebut digunakan untuk memasuki Malaysia.
00:42Dalam masa sama, JIM turut mengambil maklum berhubung hantaran tular di media sosial yang mendakwa wujud penggunaan pasport palsu oleh
00:50warga asing ketika menjalani pemeriksaan kesihatan.
00:52Isu itu sebelum ini menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan individu terbabit melepasi pemeriksaan sempadan dengan menggunakan dokumen palsu.
01:01Sehubungan itu, JIM menegaskan pihaknya akan terus mempergiat risikan dan operasi penguatkuasaan bagi membantras kegiatan pemalsuan dokumen yang melibatkan pekerja
01:11asing.
01:12Terima kasih telah menonton!