00:00Bertemu kembali, Iran tidak akan mendedahkan terlebih dahulu tindakan ketenteraan bakal dilakukan mereka dalam perang dengan Amerika Syarikat.
00:07Sebaliknya, ia akan melaksanakan tindakan itu tanpa memberi amaran awal kepada pihak lawan.
00:13Judis cakap Kementerian Luar Iran, Ismail Bakir berkata, negaranya kini berada dalam keadaan perang dan angkatan tentera negara itu sama
00:20sekali tidak ragu-ragu untuk mempertahankan negara mereka.
00:24Ketegasnya, Iran terus memantau perkembangan semasa tanpa mempedulikan kenyataan retorik pegawai Israel dan tidak akan berlengah untuk menggunakan haknya mempertahankan
00:32diri.
00:33Merujuk perang pencerobohan oleh Amerika Syarikat dan Israel selama 40 hari, beliau berkata tentera Iran sudah memberikan tindak balas tegas
00:40setiap kali negara itu menjadi sasaran tindakan musuh dan akan meneruskan pendekatan sama.
00:44Berang itu bermula selepas kegagalan rundingan nuklear antara Iran dengan Amerika Syarikat di Switzerland Februari lepas.
00:51Ketika serangan udara Amerika-Israel ke atas Teheran dilancarkan pada 28 Februari, pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei terbunuh tetapi
00:59Amerika masih belum memenangi berang yang dimulakannya itu.
01:02Sebelum ini, laporan menyebut bahawa Pentagon bersedia melancarkan operasi ketenteraan baharu terhadap Iran dalam tempoh 96 jam sekiranya menerima arahan
01:10daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
01:12Menurut laporan CNN, kekuatan ketenteraan dan kesyarikat yang ditempatkan di Asia Barat ketika ini dianggap mencukupi untuk melaksanakan serangan berpotensi
01:21berskala besar terhadap Republik Islam Iran.