00:00Pendaftaran dan penentuan status pelarian menerusi program dokumen pendaftaran pelarian DPP menjadi asas untuk kerajaan menentukan tindakan bersesuaian termasuk penghantaran
00:11pulang apabila keadaan mengizinkan atau penempatan semula ke negara ketiga.
00:15Kementerian Dalam Negeri KDN memaklumkan mekanisme itu juga membolehkan kerajaan mengurus keberadaan sementara pelarian dan mempertimbangkan akses kepada kemudahan yang
00:24dibenarkan berdasarkan status serta maklumat daripada proses pendaftaran.
00:30KDN memaklumkan DPP dilaksanakan secara berfasa sejak 1 Januari 2026 bermula dengan individu di depo tahanan imigresen sebelum dipeluas kepada
00:38individu dalam komuniti termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian UNHCR dan mereka yang mendakwa diri
00:47sebagai pelarian atau pemohon suaka.
00:49Katanya proses berkenaan melibatkan pendaftaran maklumat peribadi, pengambilan data biometrik, semakan latar belakang, tapisan keselamatan dan penentuan status pelarian oleh
00:59kerajaan.
01:00KDN menambah pemegang kad UNHCR tidak secara otomatik diperakui sebagai pelarian oleh kerajaan hanya berdasarkan pemilikan kad tersebut.
01:09KDN memaklumkan demikian dalam jawapan bertulis di laman seseorang parlimen untuk menjawab soalan P. Prabakaran, P. H. Batu mengenai langkah
01:18kerajaan dan memastikan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dikenalpasti, dipantau dan diurus secara berkesan selaras dengan undang-undang negara.
01:26KDN memaklumkan maklumat menerusi program itu akan menjadi pengkalan data rasmi kerajaan bagi mengenalpasti identiti, status dan keberadaan golongan tersebut
01:35selain membolehkan pemantauan serta penyelarasan tindakan agensi berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan.
Comments