00:00Semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri pelancongan, komuniti setempat dan pemimpin politik digesa memainkan peranan memelihara nama baik dan
00:09mempertahankan status Pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan yang mesra, bersih dan selamat.
00:15Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mak Nur menjelaskan langkah yang dilaksanakan menerusi inisiatif Langkawi Care itu berupaya menjadi
00:23platform memperkukuh keyakinan pelancong domestik dan antarabangsa terhadap Pulau Peranginan itu.
00:31Selain itu ia juga akan memastikan reputasi Pulau Langkawi terus terpelihara sebagai antara destinasi pelancongan utama di Malaysia.
01:14Langkawi Care telah menggariskan lima teras iaitu care for value, care for hospitality, care for cleanliness, care for safety dan
01:22care for visitor voice.
01:24merangkumi aspek nilai dan ketelusan harga, layanan mesra, kebersihan persekitaran, keselamatan serta keprihatinan terhadap maklum balas pelancong.
01:34Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan bahawa melalui Langkawi Care, pelancong juga boleh mengemukakan aduan atau maklum balas berkaitan industri pelancongan
01:43di Pulau Peranginan itu.
01:44ia kemudiannya akan diteliti dan disiasat sebelum tindakan susulan dapat dilaksanakan sekaligus, memastikan setiap kelemahan dapat diperbaiki dan meningkatkan mutu
01:55perkhidmatan pemain industri serta kepercayaan pelancong.
02:00Sampai jumpa di video selanjutnya.