00:00Baik, parti komponen Pakatan Harapan PH perlu menghormati keputusan gabungan itu menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri bemban kepada calon bersatu
00:08pada pilihan raya negeri Melaka.
00:10Pengarah pilihan raya PH, Datuk Seri Amiruddin Syari berkata, setiap anggota parti wajar menghormati keputusan gabungan dan parti masing-masing
00:18berhubung kerjasama dan pembahagian kerusi.
00:23Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PH berbincang secara terbuka dan mempertimbangkan pelbagai kemungkinan dalam menentukan hala tuju kerjasama
00:31politik.
00:31Kenyataan itu menyusul pendirian bekas pengerusi DAP Melaka, Damian Yeo, yang dilaporkan sanggup meninggalkan politik berbanding menyokong penyerahan kerusi bemban
00:41kepada calon bersatu.
00:42Sementara itu, Amiruddin berkata, sebarang keputusan untuk melanjutkan persefahaman dengan bersatu bagi PRN Sarawak atau pilihan raya umum ke-16
00:50masih belum dimutamatkan.
00:52Menurutnya, hasil kerjasama pada PRN Melaka akan dilihat terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya ditentukan.
00:58Beliau turut berkata, kerjasama PH dan bersatu di Selangor masih memerlukan perbincangan lanjut sebelum sebarang keputusan dibuat.