Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Radar Korporat membawakan perkembangan terkini dunia korporat dan perniagaan, termasuk langkah strategik syarikat, pengumuman penting, kerjasama industri, pelaburan serta trend yang membentuk landskap perniagaan semasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Daripada langkah strategik syarikat hingga perkembangan perniagaan yang memberi kesan kepada industri, pelbagai pengumuman penting terus mencuri perhatian hari ini.
00:09Ini radar korporat membawakan kepada anda perkembangan pantas dunia korporat dan perniagaan yang perlu anda tahu.
00:15Ecoshop Marketing Berhad menyasarkan pembukaan 100 cawangan baru bagi tahun kewangan 2027 selepas merekodkan peningkatan hasil sebanyak 16% kepada
00:26RM793.68 juta pada suku pertama berakhir 31 Ogos 2026.
00:33Peningkatan hasil itu disumpangkan oleh pengembangan rangkaian kedai serta pertambahan transaksi pelanggan yang membantu peruncit barangan harga rendah itu meningkatkan
00:41keuntungan bersih bagi tempoh berkenaan.
00:44Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Ecoshop berkata keuntungan bersih bagi suku pertama tahun kewangan 2027 meningkat 7.5% kepada
00:53RM63.19 juta berbanding RM58.76 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
01:01Hasil pula bertambah daripada RM684.33 juta kepada RM793.68 juta mencerminkan pertumbuhan jualan sepanjang suku yang dilaporkan.
01:14Pelgon Globe Berhad PGB mendapat kelulusan pemegang saham bagi menjual tanah seluas 65 eka di Tanjung Kupang, Iskandar Puteri Johor
01:22kepada Dewan Data Santas Malaysia, Ais Sedang Berhad pada harga RM398.11 juta untuk pembangunan pusat data.
01:31Kelulusan itu diperoleh pada mesyuarat agung luar biasa EGM dengan 99.99% undian menyokong cadangan pelupusan berkenaan yang dijangka
01:40menghasilkan keuntungan bersih dianggarkan sebanyak RM187.43 juta kepada kumpulan.
01:47PGB berkata tanah tersebut pada asalnya diperuntukkan bagi pembangunan perindustrian fasa pertama, merangkumi 88 unit kilang dengan anggaran nilai pembangunan
01:57kasar GDV RM419.10 juta.
02:01Namun kumpulan memilih untuk menjualnya bagi mendapatkan pulangan lebih baik setelah mengambil kira risiko pembangunan.
02:08Menurutnya, keputusan menjual tanah itu membolehkan kumpulan mengelakkan penggunaan modal yang besar bagi pembangunan kilang selain menyalurkan dana kepada projek
02:16sedia ada dan mengurangkan pinjaman.
02:20Kerajaan sedang mengambil langkah undang-undang termasuk memfalkan saman sivil terhadap MyEG dan Zetrix E.I. Berhad, susulan kegagalan syarikat
02:29terbabit melangsaikan tunggakan kutipan hasil Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ berserta penalti dalam tempoh yang ditetapkan.
02:36Menteri Pengangkutan Anthony Lok berkata, tindakan itu menyusul selepas kelewatan pemindahan hasil kerajaan selama hampir lima bulan dari 19 Mei
02:45hingga 4 Oktober 2026 meskipun pelbagai peringatan dan usaha penyelesaian telah dilakukan.
02:52Bila berkata, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ telah mengeluarkan sebanyak 35 notis peringatan, mengadakan empat sesi libat urus serta perbincangan khas
03:01dengan syarikat terbabit bagi menuntut pembayaran tunggakan berkenaan.
03:05Menurut Lok, selepas diberikan peringatan berulang kali, MyEG mengemukakan cek RHP Bank Berhad bertarikh 30 September 2026 bernilai RM231 juta
03:17bagi menyelesaikan tunggakan kutipan hasil kerajaan sehingga 17 Ogos 2026.
03:23Bagaimanapun, cek berkenaan tidak dapat ditunaikan, sekaligus menyebabkan tunggakan hasil kerajaan masih belum diselesaikan.
03:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended