00:00Seramai 1,409 bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia ATM mendapat manfaat menerusi inisiatif kerjaya kedua perwira di bawah
00:09pelan transformasi perhebat sehingga September lalu.
00:13Menteri Pertahanan Dato' Sri Muhammad Khalid Nordin berkata, daripada jumlah itu, seramai 781 veteran berjaya memperoleh pekerjaan dalam sektor bernilai
00:22tinggi termasuk air wangkasa, automotif, logistik dan perkhidmatan.
00:28Menurutnya, kumpulan tersebut menerima purata gaji antara RM2,970 hingga RM5,000 sebulan.
00:35Dalam masa sama, seramai 628 bakal pesara ATM kini menjalani latihan industri bagi memperkukuh kemahiran dan keboleh pasaran mereka.
00:44Muhammad Khalid berkata, ramai anggota ATM besara pada usia 40-an dan masih mempunyai potensi besar untuk terus menyumbang dalam
00:51pasaran pekerjaan.
00:53Beliau menggalakkan bakal pesara agar merebut peluang pekerjaan yang disediakan dan tidak berehat terlalu lama selepas menamatkan perkhidmatan.
01:02Sementara itu, Ketua Pengarah Perhebat Dato' Amir Matno berkata pihaknya kini bekerjasama dengan 513 agensi dan syarikat swasta bagi memadankan
01:11veteran ATM dengan peluang pekerjaan yang sesuai.
01:14Beliau berkata kerjasama itu telah melahirkan kumpulan veteran pertama yang akan terlibat dalam operasi ECRL selepas menamatkan latihan di China.
01:24Pada Majlis Konvensyen ke-71 Perhebat Dekam Sungai Buloh pada Selasa, seramai 4,164 anggota ATM berjaya menamatkan latihan peralihan,
01:34manakala 833 anggota dan veteran ATM menerima pengiktirafan kemahiran melalui program pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu RPEL.
01:44Terima kasih telah menonton!