Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kegiatan penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai pengiring Raja Muda Selangor sejak tiga tahun lalu akhirnya terbongkar selepas suspek diberkas polis dalam satu operasi di Johor Bahru, Selasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kegiatan penipuan seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai pengiring Raja Muda Selangor sejak tiga tahun lalu terbongkar selepas suspek diberkas
00:08polis dalam satu operasi di Johor Bahru pada Selasa.
00:12Ketua Polis Selangor Dato' Shazeli Kaha berkata suspek dipercayai menggunakan gambar Raja Muda Selangor untuk memperdaya mangsa dengan menawarkan penjualan
00:22kenderaan dan hartanah pada harga menarik.
00:27Lelaki berusia lingkungan 40 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang di sebuah kondominium yang dipercayai milik kenalannya selepas
00:36menghilangkan diri sejak 13 Oktober lalu.
00:40Satu lelaki iaitu suspek utama di Johor Bahru berhubung dengan kes penipuan penjualan kenderaan dan rumah yang menggunakan gambar duli
00:53yang terambat mulia Raja Muda Selangor.
00:55Dalam kes ini, satu lelaki Melayu yang mengaku sebagai pegawai pengiring kepada duli yang terambat mulia Raja Muda Selangor dan
01:07menggunakan gambar baginda telah menawarkan penjualan kenderaan serta rumah kepada orang ramai
01:15sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM960,020.
01:23Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Kesesaan melibatkan 15 laporan polis di seluruh negeri Selangor.
01:34Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan sekitar RM1.425 juta melibatkan 26 laporan polis di seluruh Malaysia.
01:48Penipuan dikesan bermula sejak tahun 2023 dan turut melibatkan mangsa-mangsa di luar negeri Selangor.
01:57Polis sebelum ini membuka siasatan selepas menerima laporan daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor di Istana Mestika berhubung penyalahgunaan gambar
02:08Raja Muda Selangor.
02:09Dalam operasi sama, dua beradik masing-masing berusia 26 dan 27 tahun turut ditahan kerana dipercayai membantu menyembunyikan suspek utama
02:20di Shah Alam dan Johor Bahru.
Comments

Recommended