00:00Dalam perkembangan berasingan, Tentera Laut Korp Pengawal Revolusi Islam IRGC berjaya merampas sebuah drone peninjau dan umpan milik Amerika Syarikat
00:08dalam keadaan utuh di Barat Selat Hormuz.
00:12Lapor mida tempatan unit peperangan elektronik Tentera Laut berkenaan mengesan dan mengenalpasti drone MQM-170 ketika menjalankan operasi ofensif sebelum
00:22menurunkannya dengan selamat tanpa memusnahkan struktur fizikalnya pada Khamis.
00:27Menurut Tentera Laut IRGC, misi drone itu adalah untuk mengenalpasti sistem pertahanan udara Iran di sepanjang pantai Teluk Parsi dan
00:36sekitar Selat Hormuz.
00:37Analisis terhadap data diperoleh menunjukkan drone itu berlepas dari pesisir sebuah negara di selatan Teluk Parsi.
00:45Kejayaan merampas drone berkenaan membolehkan pasukan Iran memeriksa kelengkapan data tersimpan dan butiran misinya.