Skip to playerSkip to main content
Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan 29 permit ceramah dikeluarkan sepanjang kempen PRN setakat ini. Beliau mengingatkan semua pihak mengelakkan provokasi, menjaga sensitiviti 3R dan memastikan pemasangan bahan kempen tidak membahayakan pengguna jalan raya.

#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Melaka mengeluarkan 29 permit ceramah sepanjang kempen pilihan raya negeri yang bermula Sabtu lalu tanpa menerima sebarang laporan kekacauan
00:08setakat ini.
00:10Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zulkairi Mokta, Melaka tengah merekodkan jumlah tertinggi dengan 11 permit diikuti Alugajah 10 dan Jasin
00:208.
00:22Bagaimanapun, polis menerima satu laporan berhubung perbuatan vandalism terhadap bahan kempen.
00:27Beliau mengingatkan calon, parti politik dan penyokong supaya mematuhi undang-undang serta mengelakkan provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraan awam.
00:37Isu agama kaum dan institusi diraja atau 3R juga tidak wajar disentuh sehingga mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.
00:44Zulkairi turut menegaskan pemasangan bendera, poster dan sepanduk mesti mematuhi peraturan serta tidak menghalang pandangan pengguna jalan raya
00:52atau mengganggu lalu rintas. Penggunaan rumah ibadat untuk berkempen turut dilarang, begitu juga primis kenderaan dan peralatan komunikasi milik kerajaan
01:01atau pihak berkuasa tempatan bagi tujuan itu.
01:04Beliau menyeru semua pihak berkempen secara matang dan bertanggungjawab bagi memastikan proses demokrasi berlangsung aman serta teratur.
01:13Terima kasih telah menonton!

Recommended