Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pasangan Malaysia yang bernikah di selatan Thailand perlu mengemukakan dokumen lengkap bagi pengesahan Mahkamah Syariah bagi mengelakkan status perkahwinan tergantung.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Status perkahwinan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di selatan Thailand berisiko tergantung sekiranya gagal mengemukakan dokumen lengkap bagi tujuan pengesahan
00:09di Mahkamah Syariah.
00:11Peguam Syari'i Raja Muhammad Haziq Raja Muhammad Kamal berkata, ketiadaan dokumen sokongan boleh menyukarkan mahkamah memastikan pernikahan berkenaan memenuhi
00:21rukun dan syarat sah nikah, khususnya melibatkan wali serta jurunikah yang mengendalikan akad.
00:30Bila mereka tidak keluarkan satu dokumen-dokumen yang saya sebutkan ni, bila nak balik ke Malaysia tu, pihak Mahkamah Syari
00:39'ah di Malaysia akan tengoklah perkara-perkara ni.
00:42Antara perkara yang nak disahkan dengan dokumen-dokumen ni ialah jurunikah tu sendiri.
00:50Jurunikah tu sendiri ataupun wali sendiri adalah rukun nikah yang perlu dipenuhi oleh pasangan yang nak menikah ni.
01:03Jadi kalau jurunikah tu sendiri atau wali tu sendiri tak boleh di-establish, dia akan beri efek kepada pengesahan nikah
01:11dari sudut hukum syarat.
01:12Menurut Raja Muhammad Haziq, sekiranya semua dokumen teratur, proses pengesahan lazimnya boleh diselesaikan dalam satu atau dua sebutan mahkamah, iaitu
01:22sekitar 21 hari dari tarikh pemfailan kes.
01:25Bagaimanapun, kekurangan dokumen boleh menyebabkan proseding berlarutan kerana mahkamah perlu mendapatkan bukti yang mencukupi sebelum membuat keputusan.
01:34Media sebelum ini melaporkan lima majlis agama Islam di wilayah Naratiwat, Songkla, Satun, Yala dan Patani sepakat tidak lagi menikahkan
01:43pasangan rakyat Malaysia yang memasuki Thailand tanpa melalui saluran imigresen yang sah.
01:48Konsul General Malaysia di Songkla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, surat pengesahan sijen nikah juga tidak akan dikeluarkan kepada pasangan
01:56yang melanggar prosedur berkenaan.
01:58Mengulas perkembangan tersebut, beliau melihat kerjasama berkenaan bertujuan memastikan prosedur perkahwinan dipatuhi.

Recommended