Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon menghadapi pilihan raya ketika sokongan peribadi dan populariti kerajaan gabungannya merosot. Kos sara hidup, ekonomi lemah dan peningkatan pengangguran menjadi antara cabaran utama.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri New Zealand Christopher Luzon memburu penggal kedua dalam pilihan raya Sabtu ini ketika sokongan peribadinya merosot dan ekonomi
00:09negara masih lemah.
00:10Luzon, 56 tahun, turut berdepan dua cabaran terbuka terhadap kepimpinannya dari dalam parti nasional sepanjang tahun lalu namun berjaya mempertahankan
00:19kerudukan.
00:21Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand itu memasuki Parlimen pada 2020 sebelum menjadi pemimpin parti nasional pada hujung 2021.
00:31Beliau membawa partinya kembali berkuasa pada 2023 menamatkan enam tahun pentadbiran pimpinan parti buruh.
00:39Bagaimanapun, penggal pertamanya dibayangi tekanan kosara hidup, pertumbuhan ekonomi lemah dan ketegangan dalam kerajaan gabungan bersama Act New Zealand serta
00:48New Zealand First.
00:49Luzon berjanji mengawal hutang kerajaan mengurangkan beban peraturan dan merangsang pertumbuhan ekonomi bagi meringankan tekanan isi rumah berpendapatan sederhana.
00:58Namun, peningkatan pengangguran dan kemerosotan populariti kerajaan membuka ruang kepada parti buruh yang mencatat peningkatan sokongan dalam tinjauan sejak beberapa
01:08bulan kebelakangan ini.
01:10Sebagai jutawan yang memiliki beberapa hartanah, Luzon turut berdepan kritikan bahawa beliau kurang memahami kesukaran hidup pengundi biasa.

Recommended