Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kerajaan Persekutuan pada Jumaat bersetuju menerima memorandum berhubung Perintah Negeri-Negeri Borneo (Kuasa-Kuasa Perundangan) (Pindaan) 2026 bagi Sarawak sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Transcript
00:00Kerajaan Persekutuan pada Jumaat bersetuju menerima Memorandum Berhubung Perintah Negeri-Negeri Borneo Kuasa-Kuasa Perundangan Pindaan 2026 bagi Sarawak sebagai
00:11langkah memperkukuh pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
00:17Menurut Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadir berkata, Memorandum dikemukakan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu dipersetujui dalam mesyuarat
00:28Jemaah Menteri yang dipengerusikan Peranan Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
00:35Dalam satu kenyataan, Fahmi memaklumkan perintah berkenaan telah mendapat kelulusan Jabatan Peguam Negara dan seterusnya akan dipersembahkan untuk mendapat perkenan
00:45yang di Pertuan Agung.
00:46Tegasnya keputusan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Madani untuk terus memperkukuh pelaksanaan MA63 khususnya dalam memastikan pemberian kuasa perundangan Persekutuan kepada
00:56Kerajaan Negeri Sarawak dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan selaras dengan perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.
01:04Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Penyempurnaan pindaan itu merupakan langkah penting sebelum Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 Akta
01:14127 digantung di Sarawak bagi membolehkan fungsi pengurusan buangan terjadual diserahkan kepada Kerajaan Negeri berkenaan.
01:22Katanya langkah itu juga bertujuan mengelakkan pertindihan bidang kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sarawak.
01:29Beliau berkata penyerahan kuasa perundangan Persekutuan dalam bidang alam sekitar kepada Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan secara berfasa bermula dengan
01:37pengurusan buangan terjadual.

Recommended