00:00Ketua Pembangkang Israel Gadiyah Senkot berkata merundingan bagi membentuk kerajaan baru menunjukkan perkembangan positif sambil melahirkan keyakinan bahawa beliau mampu
00:08membentuk kerajaan kecemasan nasional.
00:10Dalam masa terdekat, pemimpin parti Yashar itu berkata musa berkenaan dilaksanakan bagi memastikan proses peralihan kuasa dapat dilaksanakan dengan pantas
00:19dan teratur.
00:21Menurutnya, Israel kini berdepan satu situasi yang disifatkan sebagai krisis dan memerlukan kepimpinan baru yang mendapat sokongan majoriti parlimen.
00:31Kata beliau, pasukannya telah mengadakan rundingan selama berpuluh-puluh jam dengan pelbagai parti pembangkang dan berjaya mencapai beberapa perkembangan serta
00:40persefahaman penting.
00:41Selain itu, Senkot terus menggariskan empat prinsip utama yang akan menjadi asas kepada kerajaan baru termasuk komitmen untuk menentang Hamas
00:50dan melumpuhkan keupayaan ketenteraan serta pentadbiran kumpulan pejuang berkenaan.
00:55Kenyataan itu dibuat selepas beberapa pemimpin pembangkang bersetuju menyokong Senkot untuk dicalonkan kepada Presiden Israel Isaac Herzog bagi membentuk kerajaan
01:04baru.
01:05Keputusan Pilihan Raya menyaksikan blok pimpinan Benjamin Netanyahu memenangi 53 kerusi, manakala blok pembangkang memperoleh 48 kerusi dan parti-parti
01:15Arab menguasai 19 kerusi.
01:17Situasi itu menyebabkan tiada mana-mana blok berjaya mencapai majoriti mudah E61 kerusi bagi membentuk kerajaan secara bersendirian.