Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Kementerian Perpaduan Negara memperkukuh inisiatif Merakyatkan Muzium menerusi penglibatan komuniti, pendigitalan khazanah negara dan program belia bagi memastikan institusi permuziuman terus relevan menjelang 2027.
Transcript
00:00Kementerian Perpaduan Negara menggariskan tiga pendekatan utama bagi memperkukuh inisiatif merakyatkan muzium menjelang 2027 bagi memastikan institusi permuziuman itu terus
00:11dinamik dan relevan kepada masyarakat.
00:14Menteri Perpaduan Negara Dato' Aaron Agor Dagang berkata, tumpuan pertama adalah mempeluas program muzium bersama komuniti menerusi kaedah penglibatan berasaskan
00:22komuniti bagi membolehkan masyarakat setempat terlibat secara langsung.
00:26Jelasnya masyarakat perlu diberikan peranan sebagai rakan pemelihara warisan kerana mereka merupakan pemilik pengetahuan, pengalaman dan tradisi yang menjadi sebahagian
00:36daripada hazanah negara.
00:37Mengenai fokus kedua, Aaron berkata Kementerian mahu mempercepat pendigitalan hazanah nasional supaya koleksi sejarah dan bahan warisan negara dapat diakses
00:45dengan lebih meluas tanpa batasan lokasi dan masa.
00:48Bagi fokus ketiga yang menjurus kepada usaha menarik minat generasi muda, beliau berkata inisiatif berkenaan digerakkan menerusi program inspirasi pelajar
00:57inovasi muzium IPIM bermalam di muzium dan program kurator muda.
01:02Terima kasih.
01:05Terima kasih.
01:06Terima kasih.
01:08Terima kasih.
01:09Terima kasih.

Recommended