Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Suruhanjaya Eropah mendapati algoritma TikTok berisiko mendorong pengguna kepada kandungan yang boleh menjejaskan kesejahteraan mental.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhan Jaya Eropah mendapati algoritma carangan kandungan TikTok berisiko mendorong pengguna kepada kandungan yang boleh menjejaskan kesejahteraan mental.
00:09Menurut dapatan awal siasatan, suapan peribadi TikTok yang dikenali sebagai 4U boleh menyebabkan pengguna terperangkap dalam kitaran kandungan yang serupa
00:18secara perterusan.
00:21Kandungan tersebut termasuk isu berkaitan kesihatan mental, kesedihan, pengasingan diri serta imej tubuh badan.
00:28Suruhan Jaya itu berkata pendedahan berulang kepada kandungan berkenaan boleh meningkatkan risiko gangguan kesihatan mental termasuk kebimbangan, keyakinan diri yang
00:38rendah dan masalah pemakanan.
00:40Jelasnya algoritma TikTok banyak bergantung kepada corak penglibatan pengguna seperti tempoh tontonan dan jumlah tanda suka atau like bagi menentukan
00:49kandungan yang akan dipaparkan seterusnya.
00:51Suruhan Jaya Eropah juga mendapati TikTok gagal menilai secara menyeluruh risiko yang ditimbulkan oleh sistem carangan kandungan itu dan belum
00:59melaksanakan langkah pengurangan risiko yang mencukupi.
01:02Malah ciri tidak berminat yang disediakan kepada pengguna didakwa tidak memberi kesan besar terhadap suapan kandungan kerana algoritma platform itu
01:10lebih mengutamakan tempoh tontonan.
01:14Sehubungan itu Suruhan Jaya menggesa TikTok memberi lebih keutamaan kepada pilihan yang dibuat pengguna menambah baik kawalan kandungan dan melaksanakan
01:22ujian berkala ke atas algoritmanya.
01:24TikTok kini diberikan peluang untuk meneliti dokumen siasatan dan mengemukakan maklum balas rasmi.
01:31Jika dapatan itu disahkan, syarikat tersebut berisiko dikenakan denda sehingga 6% daripada jumlah hasil tahunan globalnya.
01:38Terima kasih telah menonton!
01:41Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended