Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Anwar Ibrahim menegaskan rasionalisasi subsidi perlu dilaksana tanpa menjejaskan golongan miskin. Beliau turut menyeru pembanterasan rasuah dan ketirisan bagi memastikan bantuan kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran.
Transcript
00:00Pelaksanaan rasionalisasi subsidi tidak boleh sesekali menjejaskan kelangsungan hidup golongan miskin.
00:06Manakala agenda reformasi ekonomi mesti berani menangani isu rasuah dan keterisan dana negara.
00:12Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, walaupun langkah rasionalisasi seperti penyelarasan subsidi petrol RON95 penting
00:19bagi meringankan beban fizikal kerajaan serta mengekang pembaziran, pelaksanaannya wajib mengambil kira realiti kehidupan rakyat terbanyak
00:26yang masih bergelut memenuhi keperluan asas harian.
00:30Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, subsidi kepada golongan miskin tidak seharusnya dianggap sebagai punca kebergantungan semata-mata
00:37sebaliknya perlu dinilai berdasarkan keperluan mereka untuk meneruskan kehidupan serta peluang meningkatkan taraf ekonomi.
00:43Mengulas lanjut, beliau berkata, sebarang bentuk bantuan kebajikan yang memujudkan kebergantungan berpanjangan wajar ditambah baik
00:49melalui penyediaan peluang pekerjaan serta pemerkasaan keupayaan ekonomi penerima,
00:54bukannya dengan memotong subsidi sehingga mengabaikan kebajikan asas mereka.
00:58Dalam hari itu, beliau menegaskan reformasi ekonomi tidak akan mencapai matlamat sekiranya hanya tertumpu kepada penggubalan dasar
01:05tanpa disertai komitmen integriti dan accountability oleh sektor korporat serta semua peringkat pentadbiran kerajaan.
01:11Sebungan itu, Anwar menuntut komitmen menyeluruh daripada kementerian, jabatan, agensi kerajaan serta syarikat berkaitan
01:17kerajaan JLC bagi memastikan ketirisan serta penyelewengan dana di bendung secara habis-habisan.
01:24Beliau berkata, langkah itu penting supaya peruntukan dan bantuan kerajaan benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran
01:29sekaligus memastikan dasar ekonomi madani dapat dilaksanakan berlandaskan prinsip keadilan dan kemanusiaan.

Recommended