Skip to playerSkip to main content
Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah memasuki hari kesembilan, dengan tumpuan kini terarah kepada usaha calon-calon meraih undi menjelang 14 November.
#PRNMelaka #MelakaMemilih

Category

🗞
News
Transcript
00:00Berbaki kurang seminggu lagi menjelang hari pengundian bagi pilihan raya negeri Melaka ke-16, hari ini telah pun memasuki hari
00:07ke-9 kempen.
00:09Dan untuk jam ini, Hasimi Muhammad ada laporan mengenai saingan di Dewan Undangan Negeri Lendu.
00:15Dan kita teruskan bersama dengan Hasimi dengan perkembangan dari Bandar Hili Melaka.
00:20Baik, terima kasih rakan sugas di Bukit Jali. Betul hari ini telah memasuki hari ke-9 kempen bagi PRN ke
00:28-16 di Melaka.
00:30Dan kurang seminggu dari sekarang lebih 600 ribu pengundi berdaftar akan menjalankan tanggungjawab mereka bagi memberikan mandat kepada wakil rakyat
00:40baharu.
00:41Dan baki-baki terakhir kempen ini sudah tentu dimanfaatkan oleh calon-calon sebaik mungkin untuk mendekati rakyat dan meraih undi
00:50rakyat di Melaka ini.
00:52Namun kita lihat ceramah besar masih kebanyakannya kurang dijalankan oleh calon-calon.
00:58Tapi resipi kempennya masih lagi tertumpu kepada usaha menyantuni rakyat di don masing-masing ataupun walkabout di 28 don.
01:09Dan tumpuan untuk jam ini juga kita mahu berikan tumpuan kepada salah satu don iaitu Dewan Undang Negeri Don Lendu.
01:19Yang mana Don Lendu ini terletak di bawah Parlimen Masjid Tanah untuk PRN Melaka ke-16 menyaksikan lebih 15 ribu
01:29pengundi berdaftar layak menjalankan tanggungjawab mereka di don berkenaan.
01:34Dan untuk PRN kali ini don Lendu menyaksikan saingan satu lawan satu menyebabkan calon BIN Dato' Abdul Hakim Abdul Wahid
01:43dan calon bersatu Nazri Ramli.
01:47Kalau kita lihat dari segi pecahan undi pula dari kumpulan 18 hingga 49 tahun meliputi seramai 10,035 pengundi.
01:57Dan kerusi ini merupakan salah satu kubu kuat Barisan Nasional atau UMNO dengan penyandang sebelum ini merupakan bekas Ketua Menteri
02:06Melaka Dato' Sri Sulaiman Mahali menang dengan majoriti besar lebih 3,000 undi.
02:13Dan kali ini BIN letakkan calon muka baru Dato' Abdul Hakim untuk mempertahankan kerusi berkenaan yang mempunyai latar belakang politik
02:24yang tidak boleh dinafikan termasuk juga sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka.
02:31Sementara bersatu mempertaruhkan antara orang kuat yang memainkan peranan besar untuk memastikan bersatu bertapak di negeri itu iaitu Nazri Ramli.
02:44Dan semalam kita mendapatkan respon daripada kedua-dua calon ini termasuk juga bagaimana mereka melihat jentera setakat kempen hari ke
02:55-8 semalam.
02:56Aspirasi kedua-dua calon ini di Dunlendu dan bagaimana saingan di kerusi berkenaan.
03:05Bagi Dato' Abdul Hakim beliau mahu memfaatkan masa yang ada ini sebaik mungkin untuk menemui atau menyantuni seramai mungkin pengundi
03:17di Dunlendu.
03:18Kerana bagi beliau ini penting untuk beliau menyelami permasalahan rakyat di Dunlendu berkenaan sekaligus memudahkan beliau mengangkat isu-isu lokal
03:28jika diberikan mandat pada PRM Melaka 14 November ini.
03:32Berbeza pula dengan Nazri, beliau menyatakan tidak gentar dengan pengaruh bekas Ketua Menteri Melaka Dato' Sri Sulaiman Mahali.
03:41Sebaliknya tampil dengan berapa tawaran di Dunlendu antaranya mahu menjadikan Dunlendu ini sebagai spot hub dan juga concept nation, local
03:53to nation iaitu memasarkan produk-produk tempatan ke pasaran yang lebih besar.
03:59Kita dengarkan apa dikatakan oleh dua calon Dunlendu ini.
04:05Cuma sepanjang lapan hari ini saya rasa saya bersyukur sangat-sangat kerana kepimpinan termasuk penyandang Dato' Sri utama amat memberikan
04:17saya nasihat dan pandangan serta tunjuk ajar yang cukup berguna untuk saya dan rakan-rakan gentara ini supaya bergerak sehabis
04:26dan semaksimum yang mungkin di dalam Dunlendu.
04:28Saya tak nak jadi terlalu yakin kerana pesaing juga memperlu ada penyokong-penyokong sendiri.
04:37Jadi saya lebih fokus, saya tak tengok pun rating ini. Lebih baik saya fokus bertemu dengan sebuah ramai pengundi dan
04:44akhirnya pengundi ini sudah bijak untuk buat pilihan. Jadi mereka akan buat keputusan pada 14 hari bulan nanti.
04:50Jadi peluang ini saya anggap 50-50. Walaupun kita tahu asasnya BN itu ada undi asasnya dan kita juga ada
04:59yakin dengan undi asas kita.
05:01Jadi jurang perbezaan itu saya rasa tak nampaklah. Dan saya yakin saya mampu memberi cabaran yang sengit kepada pesaing saya
05:13lah.
05:13Itu yang saya boleh gambarkan hari ini. Walaupun pergerakan kita agak nampak macam perlahan tapi kita bergerak atas strategi yang
05:25kita dah rancangkan.
05:27Dan itu yang dikatakan oleh calon BN Dato' Abdul Hakim Wahid dan calon bersatu Nazri Ramli.
05:37Apa aspirasi mereka di Dunlendu dan bagaimana mereka melihat saingan setakat ini di kawasan berkenaan.
05:45Potensi kedua-dua calon menyifatkan masih seimbang.
05:5050-50 untuk menangi kerusi berkenaan.
05:54Tapi sudah tentu ada masa lagi untuk kedua-dua calon melakukan pecutan terakhir menjelang pada 14 November ini.
06:02Dan kalau datang ke Melaka sudah tentu tak sah tak rasai asam pedas.
06:09Ibarat meramu asam pedas kekuatannya terletak pada bahan bagaimana ia diadung.
06:15Dan dalam konteks PRM Melaka ini bagaimana jentera, penyatuan, gabungan parti memainkan peranan penting untuk memastikan mereka bergerak selari sekaligus
06:27menangi hati pengundi.
06:29Dan ini masa yang kita mahu lihat sama ada kekuatan jentera itu dapat diterjemahkan dengan baik menjelang pada 14 November
06:37ini.
06:38kerana lebih 600 ribu pengundi layak mengundi di Melaka ini sedang memahati.
06:45Bukan sehaya tawaran mereka tetapi menilai apa yang mahu mereka bawakan.
06:53Yang kebanyakan pengundi-pengundi yang kita temui mereka mengharapkan wakil rakyat diberikan mandat nanti lebih turun padang menyantuni rakyat.
07:03Dan semua itu kita akan bawakan dari masa ke masa untuk Melaka memilih setakat ini.
07:09Saya kira kita kembali dulu kepada rakan sedas di Bukit Jalin.
Comments

Recommended