Skip to playerSkip to main content
Abdul Hakim berkata gerak kerja kempen sepanjang lapan hari diperkukuh dengan sokongan jentera parti, yang disifatkannya memberi impak positif kepada kempen di Lendu.
#PRNMelaka #MelakaMemilih
Transcript
00:00Calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri Don Lendu, Dato' Abdul Hakim Abdul Wahid tidak mahu terlalu memikirkan soal rating
00:09atau tahap sokongan sepanjang kempen.
00:12Sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan itu.
00:18Katanya setakat hari ke-8 berkempen, peluang BN mempertahankan kerusi berkenaan masih seimbang, memandangkan setiap calon mempunyai penyokong masing-masing.
00:28Cuma sepanjang 8 hari ini saya rasa saya bersyukur sangat-sangat kerana kepimpinan termasuk penyandang Latuk Seri Utama
00:38amat memberikan saya nasihat dan pandangan serta tunjuk ajar yang cukup berguna untuk saya dan rakan-rakan jentera ini
00:46supaya bergerak habis dan simam yang mungkin di dalam Dewan Undun.
00:50Saya tak nak jadi terlalu yakin kerana persaing juga. Ada penyokong-penyokong sendiri.
00:57Saya lebih fokus, saya tak tengok pun rating ini. Lebih baik saya fokus bertemu dengan sebuah ramai pengundi
01:02dan akhirnya pengundi ini sudah bijak untuk buat pilihan. Jadi mereka akan buat keputusan pada 14 hari bulan nanti.
01:09Beliau ditemui selepas sesi walkabout di Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba Alugajah.
01:15Abdul Hakim menambah pendekatan itu turut membolehkannya mendapatkan gambaran lebih jelas
01:20mengenai isu dan keperluan penduduk di tiga zon utama Dunlendu.
01:25Jelas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Melaka itu lagi, setiap kawasan mempunyai keperluan serta masalah berbeza
01:31yang perlu diberi perhatian antaranya isu banjir dan sistem perparitan.
01:36Tegasnya isu berkenaan antara menjadi fokus untuk diselesaikan jika diberikan mandat berkhidmat di Dunlendu
01:43dalam tempoh lima tahun akan datang.
01:46Dalam pada itu, Abdul Hakim berkata gerak kerja kempen sepanjang lapan hari diperkukuh
01:51dengan sokongan jentera parti yang disifatkannya memberi impak positif kepada kempen di Lendu.
01:57Mengulas manifesto BN khususnya kepada golongan muda, Abdul Hakim menjelaskan
02:02tawaran yang dibentangkan gabungan itu perlu dilihat sebagai amanah dan tanggungjawab
02:07untuk dilaksanakan sekiranya mendapat mandat rakyat.
02:10Menurut setiausaha politik kepada Ketua Menteri Melaka itu, manifesto BN bersama Perikatan Nasional
02:16yang meliputi 20 komitmen utama turut mempunyai kaitan dengan keperluan penduduk di Dunlendu
02:23termasuk golongan muda dan masyarakat daripada pelbagai peringkat.

Recommended