00:00Gempa bumi bermagnitud 5.7 melanda bahagian tengah Jepun awal pagi ahad,
00:05mengakibatkan puluhan individu cedera serta menjejaskan perkhidmatan kereta api.
00:11Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa berkenaan berlaku pada 1.04 pagi waktu tempatan di wilayah Shizuka.
00:19Tiada amaran tsunami dikeluarkan, susulan kejadian itu dan tiada korban jiwa dilaporkan.
00:24Seorang pegawai di Aichi memaklumkan kepada AFP bahawa pihak berkuasa menerima 16 laporan kecederaan yang kebanyakannya melibatkan kecederaan ringan.
00:36Sementara itu, pihak berkuasa di Shizuka berkata sekurang-kurangnya 3 wanita mendapatkan rawatan perubatan kecemasan termasuk seorang warga emas berusia
00:4490 tahun.
00:54Terima kasih kerana menonton!