Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasaan pada 10.40 pagi mengesan ketidakpadanan antara dokumen sijil halal yang dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada permit import.
Transcript
00:00Agensi Kawalan dan Perlindungan Sepadan Malaysia AKPS Pelabuhan Kelang menyita konsainan dagangan daging kerbau bernilai RM413,728 yang diimport dari
00:12India di Pelabuhan Kelang pada Jumaat lalu.
00:14Komender AKPS Pelabuhan Kelang, Datuk Nik Izani Mahmud Faisal berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pegawai penguatkuasaan pada jam 10.40 pagi
00:25mengesan ketidakpadanan antara dokumen sijil halal dikemukakan dengan maklumat diisytiharkan pada Permit Import.
00:34Jelas AKPS Pelabuhan Kelang, dokumen itu didapati mengandungi maklumat yang tidak selaras dengan pengisytiharan tersebut.
00:43Susulan itu, semua barangan dagangan seberat 27,984 kilogram berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.
00:52Tambah Nik Izani, barangan itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia bagi tindakan lanjut.
00:59Kes disiasat di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Recommended